Followers

Wednesday, April 6, 2011

USTAZ "SYAITAN" dan KENYATAAN MEDIA !



Salam semua. kali ni, entri aku masih berkisar tentang perihal ustaz "syaitan". pelbagai pendapat dan pandangan telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak mengenai kes yang berlaku ini. ada yang mengatakan bahawa Ustaz Syaitan ini tidak boleh diampunkan dan harus dihukum gantung. Ada juga yang mengatakan bahawa mungkin ada punca lain yang menyebabkan Ustaz itu bertindak sedemikian rupa dan Ustaz itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya.

Bagi aku pula, mengenai perihal Ustaz ini, biarlah Polis dan mahkamah yang menyelesaikannya. kalau Ustaz ini didapati bersalah, biarlah dia dihukum. Kalau dia tidak bersalah, semoga dia diampunkan. Tetapi apa yang aku nak highlightkan dalam entri aku kali ini ialah mengenai pendapat setengah pihak yang menyuruh sekolah ini supaya DITUTUP.

Semalam, lepas sahaja solat maghrib, aku menonton tv bersama mak and abah aku. sambil tengok tv , kami berbual2 kosong. Abah aku, cerita serba sedikit tentang apa yang diperdebatkan dalam dewan undangan perlis siang tadi. Abah aku kata, masa dia sampai dekat dewan undangan negeri pagi semalam, ramai wartawan2 yang dah tunggu abah aku kat depan pintu dewan. Masing2, sibuk nak tanya tentang perihal Ustaz Syaitan ini dan ada seorang wartawan yang tanya pendapat abah aku mengenai saranan sesetengah pihak yg menyarankan agar sekolah ini ditutup.

Abah aku kata, dia jawab kat wartawan tu macam ni : "Bagi saya, org yang suruh sekolah ni tutup PENDEK AKAL. kami PAS Perlis dah 25 tahun mentadbir sekolah2 yg ada dibawah kelolaan kami. dan ini adalah pertama kali kes/ kejadian seperti ini berlaku. baiklah, kalau sekolah ini hendak ditutup kerana kesalahan yang dilakukan oleh salah seorang staff kami, bagaimana pula dengan institusi lain? sebagai contoh pihak kastam. ada pegawainya yang melakukan kesalahan menerima rasuah dan sebagainya, adakah jabatan kastam ini juga hendak ditutup? begitu juga dgn polis. sebelum ini kita dihebohkan dengan kes pegawai polis menembak mati seorang kanak2, adakah jabatan polis juga hendak ditutup?









kemudian abah aku menambah: " Allah sayangkan budak ini. dalam keadaan ibunya yang telah meninggal dunia, ayahnya yang tidak mahu membelanya, keluarga angkatnya juga memeliharanya dalam keadaan yang berat hati, pihak sekolah juga mempunyai masaalah dalam mendidiknya , jadi Allah taala ambil budak ini, untuk dekat duduk bersamaNya. Budak itu sekarang dah jadi ahli syurga...


Dan dibawah ini pula adalah kenyataan media dari abah aku yang mewakili PAS PERLIS :


KENYATAAN MEDIA
 BERHUBUNG KES KEMATIAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH ISLAM AL FURQAN, JEJAWI DALAM, PERLIS.

PAS Perlis merakamkan rasa dukacita yang amat sangat terhadap peristiwa yang telah berlaku di salah sebuah institusi pendidikan di bawah kelolaan pihak parti. PAS Perlis juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas peristiwa yang telah menghiris perasaan dan hati setiap rakyat. Juga permohonan maaf kepada seluruh warga pendidik di atas peristiwa yang telah mencalarkan imej dan persepi umum terhadap warga pendidik .

PAS Perlis ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga  simati serta rasa simpati kepada pihak keluarga guru asrama yang  terbabit dalam kejadian ini. Kejadian ini adalah sesuatu yang amat memeranjatkan pihak kami setelah lebih 25 tahun mengelola institusi pendidikan milik parti.

Atas prinsip keadilan dan kemanusian, PAS Perlis berharap supaya proses siasatan dan perbicaraan yang dijalankan terhadap kes ini dibuat secara rapi dan mendalam  bagi menegakkan keadilan kepada semua pihak yang terbabit.

PAS Perlis telah menjalankan tanggungjawab dengan memberikan sepenuhnya kerjasama kepada pihak keluarga pelajar, keluarga tertuduh dan agensi keselamatan bagi menguruskan kes ini. Pihak kami juga telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi memastikan semua institusi pendidikan milik parti dapat beroperasi dalam suasana pembelajaran yang selamat dan lancar.

  
HAJI HASHIM BIN JASIN
PESURUHJAYA PAS NEGERI PERLIS.



Kepimpinan PAS Negeri Perlis






sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan mati. 
giliran kita pasti menyusul tiba...


No comments:

TUKAR TUKAR