Followers

Sunday, December 12, 2010

expectation!

kadang - kadang perkara yang tak terduga.... itulah yang menjadi nyata...
kadang-kadang benda yang tak terjangka...... itulah yang menjadi milik kita....

apa yang diharapkan... tak semestinya menjadi kenyataan
kita boleh merancang... tapi sekadar manakah perancangan kita dapat mengatasi perancangan Tuhan???

biar yg diidam tak dapat,
biar yang diingini tak dimiliki,
yang penting, kita harus belajar untuk BERSYUKUR.

Tuhan tidak pernah menganiaya hamba2nya,
kerana kasih sayangnya mendahului kemurkaannya!

Wednesday, December 8, 2010

UIA... i miss u laaaaaa

assalamualaikum... selamat pg semua. ups dah tgahari. heheheheehe. utk pengetahuan semua, aku skang berada di uia. nak settlekan pasal transkrip aku. yela.. nak mntak keje, kenalah sertakan transkrip sekali. pas ni , igt nak g wangsa walk plak. bukan aper... rindu. kuakuakua.

inshaallah esok malam, aku akan balik ke perlis. rindu plak dah lama tak "gaduh" ngan mak aku. heheheehe. dia pun, dah 2 3 kali call suh aku balik. sabar ya bonda... nantikanlah kepulangan anakanda ....

masa sampai uia tadi, ramai aku tgk student2 baru. teringat plak masa 1st time aku masuk sini dulu. hari yg sama jugak, my cousin meninggal dunia. so yg antar aku time registration, faiz n adiya. masa tue, perasaan aku berbelah bagi. sedih nak tgl mak. hahahahahaha bocor rahsia beb!

tapi yelah, masa cpt sgt berlalu. pejam celik pejam celik, tamatlah aku kat sini. alhamdulillah, selalunya org lain wat 6 tahun kat sini (include matric), tapi aku just wat 4 tahun stgh. yelah... umur bukannya makin muda.

plan lepas ni, aku nak cari keje dulu. tawaran tue dah ada. tapi kalu bleh, aku nak keje yg sesuai ngan jiwa aku. barulah aku bleh focus. papepun, aku mengharapkan yg terbaik tuk diri aku. of course la kan. heheheheehe. moga tuhan permudahkan segalanya. aminnnnnnnnnnnn!!!!!

Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

assalamualaikum...
wah wah... lama giler tak update blog ni. hehehehhehe. tak la busy sgt, tapi malas yg mengatasi segalanya. muahahahaha. alhamdulillah, aku skang dah abis blajar kat uia. so, kiranya skang ni, aku dlm tempoh pengangguran. kekekekeke.

this month, maybe aku akan busy sikit. yolah, akak eden nak kawin time krismas nanti. aku ni kironya merangkap wedding planner dia la. memula, abah aku plan nak tumbangkan 2 ekor kerbau, tapi last2 jadi 4 ekor lembu. ayam plak 120 ekor . yg jadi 4 ekor lembu tue bkn aper, takut tak cukup macam kenduri kawin kak mem and faiz dulu. kul 2, lauk da habis. tak menggeletar mak n abah aku satu badan. hehehhehehe. mintak2 wedding adiya aku kali ni, akan berjalan lancar.

oh ye, skang ni aku ada kat KL. igt nak wat clearance kat uia. tp ari ni, cuti la plak. so esok la pergi. mlm td, da tgk result terakhir aku. alhamdulillah.... aku bersyukur pd tuhan. MA? hehehhe nantila dulu. keje dulu. cari pengalaman. ok, nak gi mandi plak. chow chin chau. challo bette....!!! ups lupa nak ucap... selamat menyambut maal hijrah wat semua.

TUKAR TUKAR