Followers

Tuesday, June 30, 2009

bangun awal murah rezeki......


Malam tadi aku tidur di ruang tamu. Saja. Malas nak masuk bilik. Bila bangun, mak dan abah aku ada tengah duduk atas kerusi urut letrik sambil tengok tv. Masa tue jam pukul 6.30 pagi. Rasanya mak dan abah aku baru balik dari masjid.

Macam biasa, bangun je dari tidur, aku akan check handphone. Manalah tahu ada miscall atau mesej. Tetiba abah tanya : ‘handphone tue dah ok ke belum?”
Aku jawab: “kekadang okey kekadang tak.”

“kenapa tak beli yang baru? Tak tau nak berikhtiar ke?” kata abah sambil tersenyum.

Hehehehehehe. Aku tahu sangat maksud di sebalik perkataan ‘berikhtiar’ abah tue. Maksudnya, dia suruh aku ‘berikhtiar’ mintak duit kat dia la. Hehehehehhe. Bakal dapat handphone baru la aku.

Pastue tetiba mak plak cakap. “ jap gi kul 10 kita g kedai emas. Mak nak beli gelang lagi satu tuk na.” ish ish ish….. memang benarlah kata orang. Bangun pagi ni memang membawa rezeki.

Dengan senyum simpul, aku melangkah penuh tenaga menuju ke bilik untuk solat subuh.

No comments:

TUKAR TUKAR