Followers

Tuesday, June 30, 2009

bangun awal murah rezeki......


Malam tadi aku tidur di ruang tamu. Saja. Malas nak masuk bilik. Bila bangun, mak dan abah aku ada tengah duduk atas kerusi urut letrik sambil tengok tv. Masa tue jam pukul 6.30 pagi. Rasanya mak dan abah aku baru balik dari masjid.

Macam biasa, bangun je dari tidur, aku akan check handphone. Manalah tahu ada miscall atau mesej. Tetiba abah tanya : ‘handphone tue dah ok ke belum?”
Aku jawab: “kekadang okey kekadang tak.”

“kenapa tak beli yang baru? Tak tau nak berikhtiar ke?” kata abah sambil tersenyum.

Hehehehehehe. Aku tahu sangat maksud di sebalik perkataan ‘berikhtiar’ abah tue. Maksudnya, dia suruh aku ‘berikhtiar’ mintak duit kat dia la. Hehehehehhe. Bakal dapat handphone baru la aku.

Pastue tetiba mak plak cakap. “ jap gi kul 10 kita g kedai emas. Mak nak beli gelang lagi satu tuk na.” ish ish ish….. memang benarlah kata orang. Bangun pagi ni memang membawa rezeki.

Dengan senyum simpul, aku melangkah penuh tenaga menuju ke bilik untuk solat subuh.

Sunday, June 28, 2009

seekor dan seseorang yang ku sayang!!!




Ari ni aku berkunjung ke pesta buku. Tapi bukan buku yang aku beli, aku beli mouse dan keyboard sticker. hehehehehhe. Then tak der aktiviti len yang aku wat kat umah melainkan tidoq.hahaahahahha

Dulu kalau aku balik, boleh gak main ngan cecep. Cecep ni kucing peliharaan kuarga aku. adiya yang kasi nama.Cecep kitaorang ni handsome sangat tapi bodoh.hehehehehe. sebenarnya dia ni kelakar dan terlalu manja. Suka duduk atas riba orang. Tempat dia suka tido, tempat yang beraircond dan atas sofa. Semua orang suka cecep sebab dia ni special sangat. Mak aku yang sebelum ni tak suka kucing pun sayang kat cecep.

Kat mana tempat family kitaorang lepak, kat situ la dia. Yang best sangat bila malam dia suka tidur kat ujung kaki aku. siap share selimut lagi tue. Cecep cecep. Tapi skang dia dah tak der. Adiya cakap, dia mati eksiden. Masa dengar tue, terkedu sekejap aku. hmmmmm menangis la jugak. Ntah, rasa macam sedih sangat. Dia tue dah macam family kitaorang. Aku rasa , dia pun tak tahu yang dia tue kucing. dia paling rapat ngan adiya aku.

Sebut pasal adiya, tengah aku tengok cerekarama semalam, hp aku b’bunyi. Adiya hantar mesej. “ na toek”

Then aku balas “ adiya toek”.
Dia balas balik: “ na lagi toek”
Aku balas pulak: “ adiya lagi lagi lagi toek”
Dia tak mengalah, dia balas lagi: na lagi 1 juta lagi toek”
Aku pun tak nak mengalah: “ awak 2 juta lagi toek”
Dia balas: “ na lagi toek sampai tak dak sape boleh lawan. Hahahahahaha.”
Then dia Tanya aku: awak ingat tak dulu kita selalu gaduh macam ni? Yang bestnya, saya selalu menang. Pastu kita gaduh bising lagi sampai mak marah. hehehhehehe”

Bila baca mesej dia aku tergelak kecil. Hmmmmm best betul masa kecik2 dulu. Kitaorang dua slalu gaduh mulut. Memang bising sangat. Mak sampai dah pening kepala ngan kitaorang. Ehehehhee. Walaupun slalu kena marah ngan mak, tapi kitaorang tak pernah serik. Tapi skarang, adiya dah jauh ngan aku. dia kat Sarawak, tak sangka plak yang dia skang dah jadi pensyarah uitm.

Walaupun dia jauh, tapi skarang kan teknologi dah canggih. Sms ada. Lalu aku pun menggapai tel bimbitku dan membalas mesejnya:
“ huh betapa saya menjadi mangsa dera awak ketika tue. Tapi biasalah, saya kan orang baik.”
Hahahahaahaha ternyata aku pun tetap tak nak mengalah. Dan sebenarnya sampai sekarang kami masih begitu. Bergaduh dan bergurau seperti waktu kecil dahulu. Kerana adiya adalah kakak dan aku adikmu.………………

"mana tom yam nya........???????"


pepagi lagi, abah dah ajak aku gi dusun durian. nak wat pe? sah sah le nak makan durian. kak beez dah dua tiga kali antar mesej remind abah supaya sedar diri.ye la kencing manis. hehehehehe. aku pun dapat mesej dari afif. hahahahaha. thanksa a lot to Hj ramli coz invite kitaorang. sedaaaaaaaaaaappppppppp!abah kata, dia makan 13 ulas. mak plak 12 ulas. hmmmmm siap la balik ni kena check ngan doktor nabilah.

tengahari, aku gi antar mak kat sg. baru utan aji. mak ada usrah kat situ. yang kelakarnya, dua tiga kali jugaklah kitaorang pusing2 sebab tersesat jalan. aduhhhhhh tue baru dalam perlis. hehehehehe. belum kat kutub utara lagi. huhuhu

petang aku gi umah zainab(mak) . angkut bibik sekali. kesian plak tengok dia asyik kat umah je. aku gi sebab kak timah(amma) tunang. elok kitaorang sampai, rombongan bertunang dah nak balik. tak pe la. yang penting bleh jumpa amma dan mak kat situ. mak ucu (azizah) pun ada. selain tue yang ada jugak, nuon, bedah, kak chah, kak nik dan kak fadilah. bergelak sakanla kitaorang kat situ. maklumlah, dah lama tak jumpa. rindu sangat kat diaorang semua.

bila time aku nak balik, dapat satu berita yang buat aku terkejut giler. mak(zainab) cakap dia nak bertunang dan nak kawin maybe lepas raya ni. haah!!!!! biar betul? setahu aku mak baru je putus cinta ngan ......... .Rupa2nya dia dah ada calon baru. senior kitaorang. dan aku memang tak sangka 'lelaki itu' yang menjadi pilihan mak. hehehe. apa2 pun semoga mak bahagia la ye. lgpun aku tengok dia dah kurus sgt lepas clash ngan ......... dulu . mungkin ini jodoh yang ditentukan oleh allah untuk dia. ( aku pun kalau nak kurus, kena putus cinta jugak ni. hahahahahahaa)

balik umah dah nak malam. pas maghrib, kak beez ajak gi dinner cos nak rai anak2 dia yg cemerlang dalam exam. kitaorang semua pakat order western food. cuma naufal ( anak sedaraku yang sulung) je yang order nasi goreng tom yam. tapi yang lucunya, bila je nasi goreng tom yam dia sampai, dengan muka blur dia bleh tanya ' tom yam dia mana?' hahahaahahaha. aku ngan kak beez memang keras perut la ketawa. hehehehehe. then abg ipar aku la yang terangkan pada naufal, tom yam tue dia dah campur ngan nasi. hmmmmm sampai skang, bila teringat je,aku pasti nak gelak. hihihihihihi. naufal........ naufal.......

Saturday, June 27, 2009

yang baru dan yang lama


yes yes yes!!!!! dah sampai umah. haaaaaaaa lega giler. bye bye uia. bye bye exam. bye bye lecturer. bye bye pak guard. hahahahahaaa.

aku sampai kul 5 am. turun je dari bas, tengok abah dah tunggu dlm kereta. kesian abah kena bangun awal sebab nak amik aku. thnx dad!!! pas solat subuh, apa lagi...... sesi tido. hehehehehe.

hmmmmm....pejam celik2 dah habis dah short sem aku ni. rasa kejap sangat. ye lah dah nama pun short sem.hihihihi. bagi aku, short sem ni adalah sem yang paling wat aku excited sangat. sebab..... segalanya baru. aku dapat stay kat block baru, rumate baru , minat baru, permanent xtvt baru, kelas baru, lecturer baru dan kawan2 baru. seolah2 aku melangkah ke dunia baru. heheheehehe

bila cakap pasal kawan ni, minggu lepas ada salah seorang kawan 'baru' aku kena ragut. kesian sangat dia. time tue masa dia balik bercuti ke kelantan. memang jahat betul la peragut ni. cuba la kalau diaorg plak yg kena ragut???? haaaa time tue baru diaorg tahu apa perasaan menjadi mangsa ragut.

nasib baik member aku ni tak pape. cuma emosi dia agak terganggu. maybe phobia. dah la nak exam. mujurlah member2 dia yg lain begitu perihatin dan mencuba sedaya upaya tuk mengembalikn semangatnya . hmmmmm u can do it niey!!! chaiyok2. ( teha ayu, niey cantik and elly chumil: nice sangat jumpa korang and thanks to sacide sebab jodohkan kita. hahaahaha)

cuti kali ni, aku cuti 2 minggu je. adoiiiiii sekejapnya!!!! pastue, kembalilah aku ke uia. adik angkat aku halimah, start register julai ni. hehehhee tak sabar nak jumpa dia. bila masuk sem baru nanti aku akan kembali ke blok lama. blok yang pastinya memberi seribu kenangan buatku. di situ aku belajar segalanya. erti gembira, erti duka, erti persahabatan dan sebenarnya lebih tepat ia mengajar aku erti kehidupan.

biarlah yang baru datang, yang lama tetap ku kenang. biar pun yang baru lebih menyenangkan , yang lama tak kan ku tinggalkan. kerana.... tanpa yang lama, tak kan ada yang baru. dan kerana yang lama..... cukup bermakna di hatiku!!!!



Thursday, June 25, 2009

Selamat berkahwin bang mat dan kak nadia...






haaaaaaaaa..... lega rasanya! exam dah habis. merdeka merdeka merdeka!!!!! hahahahahaha. yang menambahkan lagi kebestan aku ni, malam ni balik kampung. hehehehhee. syoknye syoknye ada mat kool.

ari tue belek2 blog madi, ada jemputan kawin dari bang mat dan kak nadia. mmmm.. dah nak kawin diaorang ek. tak sangka pun ada gak. rasa macam sekejap sangat diaorang kapel. tut tut.... dah nak kawin. tu la org cakap, kalau dah jodoh tak kemana. aik..... cam glamer je ayat ni. hihihihi...

aku bila nak kawin? hahahahaaha kelakarla soalan ni. banyak benda lagi yang aku nak buat sebenarnya :

1) habiskan degree


2) sambung master


3) bukak bisnes


4) beli rumah


5) beli kereta


6) jaga mak abah aku

7) enjoy2 hahahahahahaha

haaaaa kan aku dah cakap, banyak lagi benda tak setel. so pada kengkawan yang kerap sgt tanya soalan tue kat aku, henti2 kan lah ye. buang masa korang jo. sampei jodoh nanti,kawin la den. kalau esok la jodoh den, esok jugok den kawin. ish...apa cakap pasal kawin ni??? tak best langsung.

haaaa better cakap pasal soalan exam td. antara soalan yg ditanya pasal six thinking hat ( feberet den soalan ni), consider all factors ( feberet jugak ni), part and function of brain ( nasib baik still bleh recall masa baca tuk midterm dulu)and short answer (time management, water logic, brainsplit theory, barriers of thinking and paradigm shift). secara generalnya, bleh a dikatakan yg soalannya sonang jo. alhamduillah.

mato pun dah makin stim ni, semalam tido lambat. so..... bismikallah humma ahya wa amut. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..................




Monday, June 22, 2009

Aku rinduuuuuuuuuu......................




ari ni 1st exam tuk aku bagi short sem ni. Subject Media and muslim society. topicnya agak boring tapi yang best adalah lecturernya. hmmm.... sir wan firus. dah tua, tapi still maintain handsome. org perlis dia ni. sekampung la kita. heheheehehe

soalan2 yang ditanya tadi agak senang. alhamdulillah, aku boleh jawab. pasal globalisation, new media and technology, communication during umar al-khattab period and pasal bad image of muslim in global media. thanks sir. rasa nak tergelak bila sir cakap dalam 'hall' tadi yang aku jawab soalan dia macam kupas kacang je. hehehehehe. tapi kalau dah kacang tue kena kacang cerdik yang keras, susah jugak sir. huhuhuhuhu.

lepas exam, aku belek2 tgk blog. hmmmmm ramai betul skang ni yg tulis blog pasal politik. kagum gak kdg2 ngan pandangan mereka mengenai politik semasa ni. aku nak tulis???? hmmmm tak payahla kot. cukupla sekadar menjadi pembaca. lagipun aku tak punya apa2 kelayakan untuk mengulas isu2 politik ni. tak mahir. silap2 tulis, kang kena saman berjuta2 ..... haaaa time tue sapa nak bayar? abah aku jugakkkkkkk..... bagi aku lebih baik kalau kita lakukan benda yang kita tahu. daripada tak tahu, tapi buat2 tahu. haaaa aku le tue.huhuhuhuhu

exam tinggal lagi satu paper. thinking technique for communicators. satu habuk pun aku tak stady lagi. ish2 anak saper la ye. asal buka buku je ngantuk. asal ngantuk je bukak buku... aiiii masalah betul. sebenarnya bukan apa..... hati aku dah tertutup tuk stady sebenarnya. yang aku ingat skang ni, hanya satu. NAK BALIK KAMPUNG. lama dah rasanya tak makan masakan mak. rindu pada ayam percik dan nasi lemak sambal sotong mak. dan yang paling nyata benda yang paling aku rindu adalah..... MAAAAAAAKKKKKKKKK!!!!!! uwaaaaaaaa........

Saturday, June 20, 2009

happy father's day....


esok 21 june hari bapa. yang kelakarnya..... kitaorang sekeluarga dah lama sambut. 2 minggu lepas. hehe takpe la. kan setiap hari adalah hari bapa. hmmmm tahun ni, aku hanya bagi music card dan greeting glass kat abah. aku cakap..... abah kena letak greeting glass tue kat ats meja office dia. hmmmmm... tak tau la abah letak ke tak. tak pe balik cuti sem ni, aku nak gi check. bersedialah dirimu wahai abah. hahahahahaaha.

abah.... sweet kan perkataan ni. se sweet abah aku la. hehehehe. best sangat bila ada abah. rasa macam hidup kita ni sempurna sangat. bagi aku, abah adalah insan yang hebat. dia adalah abah yang paling best dalam dunia. i love u abah.

sebagai seorang wakil rakyat, sah sah sangatla yang abah aku ni sangat busy orangnya. tapi abah sentiasa ada masa untuk anak-anaknya. aku suka sangat abah, sebab abah aku ni kelakar dan penyayang orangnya. dia sangat caring. tapi dalam lembut tue, ada juga ketegasannya. yela, sebagai pemimpin masyarakat dan keluarga, sifat tegas perlu ada. barulah og respect.

selalunya, ramai kawan2 aku yang nak cari teman hidup macam abah2 diaorang. tapi.... aku tak nak. sebab.........aku tahu.... tak mungkin aku dapat jumpa orang sehebat abah. sebab abah aku hanya ada satu saja dalam dunia ni. tiada siapa yang dapat menandinginya. tiada dua dan tiada tiga.

semoga diri abah sihat selalu. na sayang sangat abah. sentiasa berdoa semoga abah panjang umur dan murah rezeki selamanya. selamat hari bapa buat abah tercinta.!!!!

Thursday, June 18, 2009

Happy Birthday Mom...........




happy birthday to you......
happy birthday to you....
happy birthday to my mom...
happy birthday to you............
I LOVE YOU MOM!!!!!

" Ya Allah, Tuhan yang Maha Agung, aku memohon kepadaMU agar Kau memanjangkan usia ibu kesayanganku ini. agar Kau membahagiakan hidupnya..... seorang insan yang telah Kau hadiahkan kepadaku. agar Kau berikan rahmatMU sepanjang masa kepanya.... insan yang begitu berjasa dalam hidupku. aku memohon Ya Allah, sayangilah dia Ya Allah sebagaimana dia menyayangi aku dengan sepenuh hatinya, membesarkanku tanpa mengira penat lelah, mendidikku dengan penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang. Dia .....Ya Allah, adalah insan yang amat ku sayangi. jauhkan diriku dari menyakiti hatinya. elakkan diriku dari menderhaka padanya. izinkan aku berbakti padanya sepanjang hayatku. izinkan aku untuk membalas jasa2 nya. dan izinkan aku untuk menyayangi dan menjaganya dengan penuh kasih sayang sebagaimana dia menyayangi dan menjaga aku selama ini. sesungguhnya Ya Allah, dialah insan yang paling berhak untuk menerima segala kasih sayangMu kerana dia adalah seorang ibu yang penuh dengan kasih sayang. aku cintakan dia Ya Allah. dan aku yakin hanya dia sahaja manusia yang amat mencintai diriku sepenuh hatinya. cintanya padaku , tidak mengharapkan apa2 balasan. malahan dia yang terus melakukan pengorbanan. sekali lagi Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana telah menghadiahkan padaku seorang ibu. dia malaikat yang menjagaku sepanjang hayat. terima kasih di atas hadiah yang cukup berharga ini. selamat hari lahir mak!!

Wednesday, June 17, 2009

Bank Negaraku.....




semua orang yang hidup dalam dunia ni mesti tak terlepas dari masalah duit. begitulah jugak diriku seadanya. ada masa kaya, ada masa kopak. bagi orang lain yang ada masalah kewangan, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari wang. samada meminjam dari bank, sedara mara, sahabat handai dan juga ALONG yang suka 'menolong'. tapi berlainan dari aku. kenapa?????? bila musim kopak menghampiri, hanya berbekalkan satu sms atau membuat satu miss call , akaun bank ku yang bagaikan hidup malas mati tak mahu terus benyawa kembali dan bertenaga. hehehehe. thanks buat abah, mak dan kakak2 ku (kak mem, adiya) especially ALONGku ( Kak Beez) yang sentiasa menghulurkan bantuan kewangan kepada diriku. tanpa kalian papa kedana lah aku. hehehe. dan baru sebentar tadi satu sms telah dihantar buat kakak kesayangan (kak beez) melaporkan status kewangan diri yang dah kopak, hehehehe sat lagi terus berisi la akaunku. thanks kak bilah. muah muah. yea yea kaya balik. hehehehehe.




Tuesday, June 16, 2009

dari catatan seorang sahabat 'bila hati tiada rasa'


minggu lepas, aku ada belek2 satu blog kawan aku. entah kenapa ada satu catatan dari dia, yang betul2 menarik minat aku. pasal frenship katanya. so, aku igt nak share catatan dia tue kat blog aku ni..... kenapa???? sajaaaaaaaaaa........
(korang bleh baca catatan dia kat bawah ni) jgn lupa... mulakan dgn bismillah. hehehehehe


ditulis pada (Friday, April 10, 2009)
+ bila hati tiada rasa +

"salam..bicara hari ni mengenai rasa...bukan rasa pedas, masin, pahit, payau atau ape2 pon la..tp rasa pada hati yg telah tiada..hilang..kelam..tengelam..aik amirah...dh janji no more emo kn...yup this is not emo..not bout love.. but about frenship yg dh smakin tawar..dh hancur....mcm ntah hilang kemana kemesraan dulu..sume dh xmcm dulu..kenapa ek???mungkinmasing2 xpndi nk meluahkn.. ape yg terasa simpan dlm hati...benda klu simpan..lama2 meletop punye.. so akibatnye.. dh xleh nak pandang muka..xbole nk ckp mcm dulu.. mesra mcm dulumungkin jugakkite ni xcukup mjaga perasaan sahabat laen.. bile sedar shahbat yg laen sensitif, so jg la hati die..atau ckp men lps.. dh tu bile org wat kat die..die plak sensitif..hurmmm....pening la ngan perangai manusia ni..mcm2..klu nk kate...besela ngan kwn2..kasar...tp niat bergurau je.. ok..tuh sume bole diterima akal la.. tp kenapa dgn certain ppl plakmakhluk tuhan ni bole lembut bkn maen??? tuh bkn kwn ke??? abis tuh, yg dok berkepitsiang mlm tuh bkn kwn?? nape klu ngan yg 'bkn kwn' ni boleh lak bkn maen lembut..lembutlidah bkn men..tp klu ngan yg laen bkn maen kasar..bahasa usah ckp la..so slh ke bile kwn2yg laen jd sensitif..bkn sorg..bkn dua...so??? pk2la...kesimpulannye...hidup ni hari2 ade konflik..xde konflik bkn hdup namenye...tp klu dh stiap mase dok mngadap konflik yg same...xsudah2...xselesai2 jugak..otak,hati,perasaan pon jd fed up..hasilnye...pershbtn jd tawar...hati ni dh xda rasa syg pd kwn...mcm bru kenal..payah...susah...pahit..sbb satu mase dulu..die antara plg rapat..mcm adik beradik..kemana bersama..tp bile perilaku x dijga...org nek buhsan...hlg la satu persatu tmn die..sedarlah...

kabar kata amirah fatin at 7:19 PM

berkeluarga dalam bersahabat......





kemarin, tgh aku khusyuk main badminton, tetiba dapat 1 mesej dari sahabat lama, zainab. tapi aku panggil dia mak. ramai orang hairan kenapa aku panggil dia macm tue. bakal mak tiri aku ke? hehehe tak lah. zainab ni sebenarnya member sekolah menengah aku masa kat MADI dulu. kat MADI aku bukan saja ada 'mak', tapi aku juga ada 'mak ucu' , 'nek', 'tok wan', 'bibik' dan macam2 sedara mara lagilah. hmmmmm, dah macam 1 keluarga jadinya.

pejam celik, pejam celik, dah hampir 5 tahun kitaorang berpisah. rindu sgt pada kawan2 lama aku shah, sham, ita , ct dll. 7 tahun kitaorang berkampung di MADI. pelbagai suka duka yang kitaorang dah harungi. aku dulu, nakal giler. skang ni dah tak nakal, tapi jahat. hahahahaha.

kadang2 macam tak sangka lak kehidupan kitaorang dah macam ni sekarang.

rosita: dulu dia la orang yang paling tak nak kawin awal. tapi skang dia dulu yang kawin. dah ada
anak pun.

hafizah: member aku yang paling arif dlm ilmu agama dan bahasa arab. tapi skang tut tut, amik
coz ict. aku igt dia nak blaja dalam bidang shariah ke, usuluddin ke. skang ni tgh wat
part time kat balai polis.

shamila: dulu konon nak sambung blaja kat kampung je. skang ni dah dok kat kl. wat praktikal
plak kat sini. gaya cakap pun dah tak bunyi org perlis. lupa diri le 2. hehehe gurau je
sham. syg kat hang...

zainab(mak) dan
azizah(mak ucu): diaoranglah sahaja budak kelas kitaorang yang stady kat mesir. kitaorang
semua tak nak kuar dari malaysia.hehehe. diaorang je yang kuat semangat.
anak kesayangan guru2 madi nie. bila diaorang jauh macam ni, rasa rindu sgt.
muah muah.

ct asmahani: hmmmmmm minah ni plak, tak habis2 ngan eksperimen dia. wlupn dulu dia cakap
jadi budak madi ni, mstahil beh keje doktor. tapi skang tengok, wlupun tak betul2
jadi doktor, tapi kan dah ada iras2 tue. hehehe. smg terus berjaya.

ct nuraini:yang ni paling kelakar. dulu prinsip idup dia, tak akan wujudnya cinta ketika masih
blajar. ehehehehe...tapi skang apa dah jadi???? dah ada anak sorang tue.hehehe.
semoga kekal bahagia selamanya....

Sebenarnya ramai lagi kisah kwn2 aku dulu.... tapi panjang la kalau nak citer. buat ucu, syuraini, hasnita, nuon, nazura, kak rehan, eton, pinat, che yah , noni, putri, firdaus , yati, shikin, farihin dan yang lain2... rindu sgt kat korang. moga persahabatan kita kekal selamanya. muaahhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Monday, June 15, 2009


Andai Rasulullah bertamu ke rumah kitaBayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin Allah tiba-tiba munculmengetuk pintu rumah kita........
Beliau datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan sangat berbahagia, memeluk beliau erat-erat dan lantas mempersilakan beliau masuk ke ruang tamu kita.Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat agar Rasulullah SAWsudi menginap beberapa hari di rumah kita. Beliau tentu tersenyum........
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW menunggu sebentar didepan pintu kerana kita teringat Video CD rated 18xxx yang ada di ruangtengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu video tersebut ke dalam.Beliau tentu tetap tersenyum........Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita setengah telanjang yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang secara tergesa-gesa. Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang ada di ruang samping dan kita meletakkannya di ruang tamu. Beliau tentu tersenyum.......Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW bersedia menginap di rumah kita ?Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih hafal lagu-lagu barat daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW. Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai mengajari anak-anak kita.Beliau tentu tersenyum........
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak mengetahui satupunnama keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di luar kepalamengenai anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja. Barangkali kitaterpaksa harus menukar satu kamar mandi menjadi ruang Solat.Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah kita tidak memilikikoleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan kepada Rasulullah SAW.Beliau tentu tersenyum........
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita.Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita ?
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan kita bahwa kita tidakpernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Beliau tentu tersenyum........Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib keluarga kitamalah sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kitamenghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari kesenangan duniawi.
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al Qur'an. Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak mengenal tetangga-tetangga kita. Beliau tentu tersenyum.......
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW menanyakan kepada kitasiapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita. Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita. Betapa senyum beliau masih ada di situ........Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul di depan rumah kita......Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk junjungan kita dan mempersilakan beliau masuk dan menginap di rumah kita ? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak beliau berkunjung ke rumah kerana hal itu akan sangat membuat kita kalut dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah.........Masihkah beliau tersenyum ? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir........ Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah........

Buat insan bergelar mak.....


Bru2 ni aku ada terima satu emel dari sahabat alumni madi. berekenaan dengan ibu. emel ni benar2 dah wat aku terharu. so bacalah ye: wat bondaku tersayang sarah rejab,
i loooovvvveeeee uuuuuu maaaakkkkkkkkkk!!!


Orang kata aku lahir dari perut mak..(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak

Bila lapar, yang suapkan aku....mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .......mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak

Bila nangis, orang pertama yang datang ......mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak

Bila bengang.. aku suka luah pada..mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah....mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan makanan & lauk pauk ......mak

Yang selalu berleter kat aku...mak

Yang selalu puji aku....mak

Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


namun kini ....Aku dah ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat....emak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Slalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


sekadar renungan:Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyangkan JENAZAH ibunya...
assalamualaikum.....
hehehehe hahahahaha hehehehehehe hahahahaha hehehehehehe haahahahaha!!!!
kenapa? pelik ke tengok aku ketawa???? hahahahaha. sebenarnya tak tau nak tulis apa. so gelak je la ye. hahahahahahah ehehehehehehe huhuhuhuhuhu!!!!!! jgn marah aaaaaaa.....

TUKAR TUKAR