Followers

Saturday, October 22, 2011

CONTEST RELAKS TENANG SIMPLE: ENTRY TERBEST: HADIAH PUN BEST

www.nadiyahashim.blogspot.com

post yang paling best of course la post yang ini : http://nadiyahashim.blogspot.com/2011/10/one-and-only.html

KENAPA? sebab ni kan post awak yang memang dikhaskan untuk saya. apa2 yg ada kaitan dengan saya memang best! hohohoho. 

menang ke kalah ke....hadiah tetap saya nak. hahahahahahha  : D

Thursday, October 20, 2011

MAAF... KAU BUKAN LAGI SAHABATKU





bertahun berkawan, mengharungi suka duka, gelak bersama, tawa bersama, berikrar janji setia namun hanya dalam sehari cuma.... kau menjadi begitu asing bagi diriku.

maafkan aku teman, tiada lagi ruang di hati ini untukmu. luka yang kau guriskan, amat dalam sehingga tiada penawar yang mampu mengubatinya.

dinding hatiku kebal... namun kalau kena dengan pelurunya , ia bisa roboh, berkecai, hanya tinggal debu2 yang tak bisa  pulih lagi.

kau bijak  memilih peluru dan TERIMA KASIH KERANA PERNAH BERGELAR SEORANG TEMAN DAN SAHABAT PADA DIRIKU ...

dan nasihat terakhirku... lupakanlah pada gelaran2 itu... kerana tak mungkin ia terjadi untuk kali seterusnya...


Tuesday, October 18, 2011

SOAL HATI .... SOAL MATI...

semalam, lepas balik dari kerja... aku , niey dan wanie gi lepak2 makan2 dekat tepi laut du kuala perlis. sembang2 kosong... tetiber terkeluar topik, soal kematian. macam2 yg kami ceritakan. bila waktu menghampiri maghrib... kami berangkat pulang.

selesai mandi dan solat maghrib, aku tengok tv dengan mak aku. tiba2 dapat satu mesej dari wani mengatakan nenek salah seorang staff pejabat telah meninggal dunia. baru je 2 3 hari lepas kami semua pergi melawatnya di hospital. ternyata maut menjemput tidak mengira masa.

lebih kurang pukul 1pm, aku dah tidur. masa tgah tidur tue, aku rasa panas sangat. dahi aku berpeluh. suasana plak gelap giler. tetiber aku terjaga. aircond bilik off. rupa2nya black out.

aku call TNB, rupa2nya pencawang di simpang empat rosak. dalam masa sejam baru ok. nak tak nak, aku terpaksa tidur kat atas lantai sebab panas sangat. nasib baik tile bilik aku sejuk.

time tue aku terpikir... beginilah rasanya masa kat dalam kubur nanti. keseorangan, gelap, panas, tak selesa , takut... Ya Allah... kau ampunkanlah dosaku. tempatkan aku dalam keredhaanmu walaupun aku adalah hambamu yang banyak melakukan dosa.  ampunkan aku ya allah! matikan aku dalam iman. amin ya rabbal a'lamin!

Monday, October 17, 2011

PERMINTAAN DARI SEORANG TEMAN...

masa aku tengah wat keje di pejabat hari ni tiba2 aku dapat satu sms. pengirimnya aku tak tahu. hanya nombor terpapar di skrin. aku buka dan baca. isi mesejnya ringkas... tapi buat aku tertanya2.

017-512.... : salam apa khabar. saya nak minta tolong dekat husna boleh tak

AKU : salam. boleh saya tahu siapa ni?

017-512... : nama saya A.  kawan ustaz B

AKU :  ustaz B? nak mintak tolong apa?

017-512.... :  tolong cari jodoh untuk saya boleh tak?

errrrrrrrr..... tergamam aku seketika. 2 tahun yang lalu, dia pernah mintak aku tolong perkara yg sama. aku dah carikan. tetapi perempuan itu telah menolak dia dengan cara baik. sekarang dia mintak tolong aku lagi. mungkin kali ini aku perlukan pertolongan dari TUHAN untuk menolongnya. lantas ku membalas sms nya

AKU :  insyaallah... saya akan cuba.

YA ALLAH... aku memohon kepadaMu kau ringankanlah jodoh sahabatku ini. pertemukan dia dengan seorang perempuan yang dapat menjadi teman hidupnya sehingga keakhir hayat. seorang perempuan yang dapat membawanya ke jalan syurgaMU. sesungguhnya ku akui, dia manusia yang baik. semoga jodohnya juga dari kalangan org2 yang baik. aminnnnn....





Sunday, October 16, 2011

SEDAPPPPP GILAAAA.....

minggu lepas, kawan aku ct sibuk nak makan aiskrim magnum classic. hmmmm pengaruh ngan iklan le tue. konon2 bila makan aiskrim, bleh jadi princess. hehehehehe. sibuk la dia hari2 dok cakap nak makan aiskrim tue. dia punya crita sampai aku pun terliur. hehehhehehe

maka operasi mencari aiskrim itu pun berlaku. dari satu kedai ke satu kedai kitaorg cari.... akhirnya kejayaan menanti. hahahhahaha. mmg sedap siot!



amek gambaq dulu sebelum makan



perisa coklat and vanilla yummy!

Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia



SALAM KAWAN2 SEMUA. MAI KITA PAKAT2 JOIN SEGMEN NI DISAMPING MENAMBAH KENALAN :)


Nama Panjang/Pendek Saya: HUSNA BINTI HASHIM / NA

Tarikh Lahir Saya: 20 MAC 1985

Saya Belajar di Sekolah/Universiti : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Nama Blog Saya : MY LIFE IS GREAT (www.husna-ibtisam.blogspot.com)

Follower Blog Semasa Saya : nadiyah  

Blogger Otai yang Saya Minat Gilerz : tok wan

Harapan dari Saya : HARAPAN SAYA SEMOGA KITA SEMUA BAHAGIA SLALU DAN SAMA2 KITA MENCERIAKAN DUNIA BLOGGERS INI :)

klik sini kalau nak join : JOM BERKENALAN ANISAIDA

Saturday, October 15, 2011

"SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ..."

salam. sajer nak try segmen ni agar dapat terima serangan dan komenan dari blogger2 lain. :) kredit to bro.naser.  korang bleh klik kat bawah ni kalau nak join jugak:
mohdnaser.blogspot.com

TENTANG DIA...

semalam aku pergi ke kedai cd. cuba cari cerita2 best yg boleh ditonton sebelum tidur.  ada 4 cd yang aku beli. salah satunya adalah cd lama cerita dari indonesia yg bertajuk TENTANG DIA.



sebelum ni aku dah pernah tengok cerita ni. tapi sajer nak tengok lagi.

ternyata cerita ni memang best!

antara kata2 dalam cerita ni yg aku suka :


ADA YANG HILANG
KETIKA KAU HILANG
HATIKU
JIWAKU

ADA YANG PERGI
KETIKA KAU PERGI
SENYUMKU
TAWAKU

HIDUPKU IKUT HILANG BERSAMAMU
CINTAKU IKUT PERGI BERSAMAMU

SEMENTARA AKU MASIH DI SINI
MENCUBA TEGAK BERDIRI
TANPAMU....

Tuesday, October 4, 2011

MISTERI DI SANTUBONG... EEEEEEE

salam. apa habaq semua? aku skarang ni ada kat sarawak. jalan2 sambil keje main2 gitu. hahahahaha. aku bertolak dari air port penang kul 7.15am and sampai kat airport kuching dalam kul 9.15am. adiya aku dtg amek.

sampai2 je sini, adiya aku terus bawak aku gi brekpes kat santubong. nak makan tepi laut kononnya walaupun hujan turun renyai2. hehehehhe. jalan ke santubong berliku2. lebih kurang macam jalan nak ke kelantan.

masa on the way pergi, tiba2 kami nampak ada kreta eksiden dekat selekoh. kreta mpv (aku lupa jenis apa) warna kelabu. kreta tu langgar pokok. teruk kemek kreta tu kat bahagian depan. amsa tue, lori tow truck pun dah sampai. ngeri jugak tengok keadaan kreta tu. nasib penumpang tak tahu la macamana.

kitaorang teruskan perjalanan. sampai je, kitaorg makan2, best dpt minum tea c special. kalau kat semenanjung, kita panggil teh 3 layers. pastu amek gambar 2 3 keping kat perkampungan budaya.

masa on the way balik. satu peristiwa yg pelik dan misteri berlaku. ada satu lagi kejadian eksiden berlaku. mmg la tak pelik. tapi yg peliknya kejadian itu berlaku kat tempat yg sama yang kitaorg jumpa masa dtg td dan kereta yg berlainan. kali ni kreta mpv warna putih plak.

tempat yg sama, kedudukkan kreta yg sama, kemek di bahagian depan jugak yg sama, cuma masa dan kreta saja yg lain. aku time tue dah kecut perut. adiya aku cakap.... maybe tempat tue keras or ada something yg telah mengganggu pemandu2 itu.

hmmmm... semoga tuhan selamatkan perjalan kami. amin!

gambar hiasan



TUKAR TUKAR