Followers

Monday, April 4, 2011

USTAZ SYAITAN ! GURU KEJAM ! WARDEN ZALIM!


USTAZ SYAITAN ! GURU KEJAM ! WARDEN ZALIM ! Inilah antara tajuk2 yang menghiasi dada2 akhbar di malaysia 2 3 hari ni. Kes seorang pelajar sekolah agama rakyat yang dipukul oleh gurunya sehingga dia meninggal dunia.




keadaan arwah yang kritikal sebelum disahkan meninggal dunia



Aku tahu, ramai yang terkejut, sedih, marah dan geram dengan apa yang terjadi. masing2 memarahi, memaki, menghamun, mengutuk si ustaz kerana bertindak sekejam itu. Antara komen2 masyarakat Malaysia di internet ialah:


1) "Cikgu tu mungkin ada masalah. cikgu tu juga mungkin bukan dari Institut Perguruan"


2) "Orang2 seperti ni la yang memburukkan nama sek agama rakyat"

3)  "Budak 7 tahun bai.. x boleh diterima akal. Elok baling je cikgu tu ke tengah highway.."

4) "Lepas tu gantung mayatnya pada tiang trafic light"


5) "Guru itu mempunyai ciri-ciri penjenayah. Mungkin dia mengalami tekanan dalam diam."




Inilah antara komen2 nya. nak tahu apa komen aku? Baca entri ni sampai habis.


Untuk pengetahuan korang semua, aku dulu pernah mengajar di sekolah ini. Sebagai guru sementara. Secara tak langsung aku boleh mnegetahui mengenai keadaan yang berlaku di sekolah itu. 

Menurut sumber maklumat yang aku dapat , pelajar itu mmg nakal budaknya.Suka mencuri barang rakan2 dan macam2 masaalah. Bila sebut tentang budak ni, tetiba aku teringat dengan seorang budak yang namanya ASRUL. Masa aku mengajar kat sekolah tue, budak ni pun darjah satu sama umur dgn saiful.

Asrul ni sangat nakal budaknya. Memang hilang segala kesabaran kami guru2 yg mengajar pada ketika aku. Tambahan pulak aku ni mmg jenis tak tahan sabar. Dan budak ini sangat mencabar kredibiliti aku sebagai guru. Oleh sebab itu, aku cuba selidik dari guru2 lain tentang latar belakang Asrul. Rupanya2 Asrul  ni datang dari keluarga yang bermasaalah. Ibu dan ayah bercerai. Dia tinggal dengan nenek. Tapi kurang mendapat perhatian kerana neneknya sibuk bekerja. Dan asrul juga tinggal di asrama dalam usia yang cukup muda.

Bila aku tengok, hal asrul dan saiful tak jauh bezanya. Saiful juga ada masaalah keluarga. Dia dan ayahnya dah hampir setahun tidak berjumpa. Manakan sama kasih syg kluarga angkat dengan kasih syg kluarga kandung. Dan kalau kita lihat pun secara puratanya, kanak2 yang mempunyai masalah dgn keluarga akan mempunyai masaalah dengan disiplin diri. Tapi kita perlu ingat, mereka hanya baru berusia 7 tahun. Apalah yang si kecil ini dapat fikirkan? Selain hanya berkelakuan nakal sebagai tanda protes atau ingin memberontak.

Berbalik kepada cerita Asrul tadi. Setelah aku tahu apa masalahnya, aku dapat lihat yang Asrul ini kurang mendapat kasih syg dan perhatian. Aku minta izin dari pengetua sekolah, untuk bawa Asrul pulang ke rumah aku. Sebab aku nak kenali dia dgn lebih dekat lagi. Di rumah aku, macam2 hal yang dia buat. Dia cabut kepala teddy bear kesayangan aku, dia intai anak sedara lelaki aku mandi dan yang paling aku tak bleh lupa, dia bakar langsir kat rumah aku. Mmg aku rasa nak marah sangat. Mak aku dah hilang sabar. Tapi aku tak bagi mak aku marah dia, sebab aku takut dia lari. dia tanggungjawab aku. So aku kena jaga dia. 

Dengan semua perbuatan yg dia buat, aku hanya nasihatkan dia . Sikit pun aku tak marah, walau dalam hati ni rasa nak makan2 je dia. Tambah2 plak bila dia tidur. masa tu aku tengok, ya Allah sucinya muka budak ni. apalah yg dia tahu dalam usia semuda itu. Hati aku jadi lembut dan rasa sayu sgt. Perasaan sayu dan sayang melebihi perasaan marah yg ada dlm hati aku.

Esokknya aku bawa dia pergi jumpa doktor pakar kanak2. Aku tanya apa masalah Asrul. Bila doktor check, doktor kata budak ni ada masalah hyperactive. Dia tak boleh duduk diam. Dia tak boleh nak fokus untuk sesuatu perkara dalam jangka masa yg lama. Hmmm skang barulah aku faham kenapa dia slalu tak beri fokus dalam kelas dan kenapa dia nakal sangat. Jadi setiap apa yg terjadi itu, pasti ada puncanya. kita jgn terlalu cepat menghukum.

Dan bila berbicara mengenai kes Saiful dan ustaz ini, aku juga difahamkan yang ustaz ini, seorang yang baik dan lemah lembut orangnya. Dan aku juga yakin, sebelum kejadian ini, mungkin dia dan saiful pernah bergurau bersama, atau mungkin ustaz ini pernah mengusap kepala saiful,bercerita kepada saiful, memegang tangan saiful untuk mengajar bagaimana mahu menulis huruf alif ba ta atau mencium pipi saiful sebagai tanda kasih sayang seorang guru kepada pelajar. 

Mak aku pernah cakap dalam dunia ini orang yang langsung tidak ada perasaan cumburu, iri hati atau dengki di atas kejayaan kita , bahkan mereka inilah yang sering mendoakan agar kita berjaya adalah SEORANG IBU DAN GURU! dan aku yakin ustaz itu juga sayangkan anak2 muridnya.

Cuma kekesalan yang berlaku di sini ialah, perasaan MARAH menjadi punca utama. Kerana tidak dapat mengawal kemarahan yg telah lama dipendam, akhirnya anak kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa. Aku sgt berharap agar kita semua terutama diri aku sendirI, marah biarlah berpada. Tiada apa yang dapat ditukar dengan harga sepotong nyawa. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

AKU MENCADANGKAN KEPADA SEMUA SEKOLAH2 RENDAH BERASRAMA AGAR TIDAK MENERIMA PELAJAR2 YANG BERUSIA 7-9 TAHUN MENJADI PENGHUNI ASRAMA. MEREKA TERLALU MUDA UNTUK HIDUP BERDIKARI. DALAM USIA BEGINI, TEMPAT MEREKA ADALAH BERSAMA KELUARGA. 




Semoga roh arwah dicucuri rahmat




jenazah diusung keluar dari masjid


buah cempedak di luar pagar
ambil galah tolong jolokkan
kami budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan!

9 comments:

Anonymous said...

kak na......
mmmmmm..... kesian gak kan ngn ustaz 2
pape pun, Allah maha mengetahui
mudah mudahan bliau di adili dgn adil dan saksama
kalau betol salah pon... mudah2 an bliau bertaubat....
seriau lah cite nieh.

EJA said...

tahziah buat keluarga arwah..saya baru membaca mengenai berita ini di blog abuhanif.blogspot.com :)

c-tea said...

em...

kalau mungkin kehidupan penjara itu boleh menjauhkan ustaz itu dari manusia pendusta maka didalam penjaralah tempat beliau dekat kan diri dengan allah...andainya ustaz itu benar bersalah, dan dihukum mati, mungkin mati itu akan jadi tempat rehat yang aman baginya...

setiap manusia punya tahap kesabaran...seorang ustaz juga punyai sifat itu, setelah membaca, ct boleh buat kesimpulan sendiri...terima kasih sudi kongsi

LELONG BORONG said...

terima kasih kepada semua yg sudi memberi komen. saya yakin, setiap apa yg berlaku, pasti ada hikmahnya. walaupun hikmahnya itu tidak kita nampak secara kasar, tapi hikmah yang tersirat pasti banyak. nilai kesabaran itu sebenarnya sangat tinggi. sebab itulah allah mengatakan dalam surahnya "sesungguhnya, allah sentiasa bersama2 dgn org yg bersabar" :)

siti hajar said...

Sokong saranan kanak2 belum umur 10 tahun(yang nabi saw benarkan dipukul) patutnya tak boleh masuk asrama...

visz said...

Biar polis dan mahkamah tentukan..kalau disabitkan kesalahan dan betul2 terbukti ustaz setan si salah,jalankan sahaja hukuman gantung.

LELONG BORONG said...

hmmm betul tue saya sokong. biar polis dan mahkamah yg buat keputusan. inshaallah keadilan akan terlaksana. :)

sun4n said...

salam...hehe..yg itu yg kta tau... saiful kena pukul gan ustaz tu, masuk icu..pastu meninggal..tp..masa proses kjadian tu kta xtau..mgkin ustaz tu tampaq ja pastu saiful elak n kpala dia thantuk dinding ka,atau masa ustaz tu ikat dia, ada kwn2 yg xpuas hati g blasah saiful ka....proses 2 yg kta xtau...(kalau la ustaz tu xwaras,xkan la dia p surrender kt balai) yg aku tau skg ni... ini la ujian yg besaq skali buat ustaz tu.. mudahan dia tabah n kuat..amin....

LELONG BORONG said...

hmmmm mungkin juga kemungkinan2 itu berlaku. jadi, biarlah pihak sewajarnya yang membuat keputusan. kita tunggu dan lihat :)

TUKAR TUKAR