Followers

Friday, July 31, 2009

catatan anak tahanan ISA

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...
Nama saya Suhaib. Saya berusia 16 tahun. Ketika bapa saya, Mat Sah Satray ditahan di bawah ISA pada 18 April tahun 2002, saya berusia 8 tahun 5 bulan. Saya masih terlalu kecil dan tidak dapat mengingati semua peristiwa. Ketika itu saya sedang tidur, tetapi terjaga apabila beberapa orang polis masuk ke bilik tidur saya dan dengan kasar menyelak cadar, mengangkat hujung tilam, menarik rak baju, membuka serta menutup almari pakaian hingga mengeluarkan bunyi kuat yang membuatkan saya terjaga. Umi, panggilan saya pada emak, mendukung saya dan diletakkan di sebelah abah yang ketika itu duduk di sofa di ruang tamu. Aku menoleh ke arah Abah dan nampak kedua-dua tangannya bergari. Aku menangis kerana terlalu takut melihat gari itu. Gambaran gari yang melengkar di kedua-dua belah tangan Abah amat sukar untuk hilang dari minda saya......
Agak lama juga polis menggeledah rumah kami. Seorang wanita sibuk menyoal Abah dan Umi bergilir-gilir dan kemudian menulis sesuatu di atas kertas. Manakala lima orang lelaki yang lain, sibuk membuka rak buku Abah, mengeluarkan Quran dan buku-buku agama serta menyelak-nyelak setiap muka surat dengan pantas. Saya tidak tahu, apa yang mereka cari. Tidak lama selepas itu, mereka membawa Abah masuk ke dalam van putih. Umi dukung saya dan kami berdua sempat melambai tangan kepada Abah. Sebaik sahaja van putih hilang dari pandangan, aku menangis lagi sambil memanggil-manggil Abah. Saya baring di riba Umi hingga tertidur...
Saya bagaikan melalui satu mimpi buruk di mana Abah dilarikan dari rumah oleh sekumpulan lelaki. Bila terjaga dari tidur, saya mencari Abah di semua bilik termasuk bilik air tetapi tidak ditemui. Saya mendapatkan Umi yang sedang membancuh minuman untuk bertanya tentang Abah, tetapi saya nampak Umi juga sedang menangis....
Saya asyik teringatkan Abah. Dari pagi saya tunggu Abah, tengah hari, hinggalah cuaca gelap dan masuk waktu maghrib, Abah masih juga belum pulang. Saya mula menangis kerana rindukan Abah... Ketika itu telefon rumah berdering, saya dan Umi berlari ke arah telefon tetapi apabila gagang diangkat, tiada siapa yang bercakap di hujung talian....
7 tahun telah berlalu
Peristiwa buruk itu telah berlalu tujuh tahun yang lalu, namun ianya sukar untuk hilang semuanya dari fikiran saya. Tujuh tahun lalu Abah saya dibawa pergi, hingga kini beliau tidak pernah balik ke rumah kami.
Pada tahun 2009 ini, maknanya hampir separuh usia saya membesar tanpa belaian kasih sayang, bimbingan dan sentuhan Abah walaupun beliau masih hidup. Saya membesar bertemankan barang-barang peribadinya seperti jam tangan, dompet, baju, seluar, kain pelikat dan buku-buku beliau. Saya sekadar mengikuti nasihat dan kata-kata beliau melalui surat-surat kirimannya. Jika rasa terlalu rindu padanya, saya akan pakai baju, seluar dan kain pelikat beliau. Saya letak gambar Abah di dompet duit bersebelahan dengan gambar saya.
Umi akan memastikan kami melawat Abah sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Namun waktu lawatan selama 45 minit itu jauh dari mencukupi untuk Abah menghilangkan rindu, memberikan bimbingan, tunjuk ajar serta melepaskan kasih sayangnya kepada saya.
Satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan ialah ketika lawatan pertama ke Kem pada 24 Jun 2002. Setelah hampir tiga minggu tidak melihat Abah sejak pertemuan terakhir di Bukit Aman, saya rasa terlalu rindu kepadanya. Kami berbual selama 45 minit dan di akhir pertemuan, Abah dibenarkan keluar dari bilik kurungan untuk bersalaman dengan saya dan Umi. Abah mengangkat, mendukung dan mencium saya berkali-kali. Saya terlalu rindukan Abah dan apabila warden bertugas menyuruh Abah masuk kembali ke bilik kurungan, saya menangis dan tidak mahu melepaskan pegangan pada lengan Abah...Bagaikan binatang di zoo
Sejak hari pertama penahanan Abah hinggalah di saat ini, saya tidak pernah berpeluang mengerjakan solat dan membaca quran bersama beliau. Saya tidak mengharapkan duit belanja atau keluar membeli belah kerana memahami semua itu tidak mungkin dapat dilakukan bersama. Namun, satu perkara yang lebih memedihkan bermula pada bulan April 2005, kami keluarga tahanan hanya dibenarkan bertemu menggunakan interkom di sebalik dinding kaca lutsinar. Bila sahaja melihat Abah di sebalik cermin kaca, hati saya terasa hancur... Ketika itu, saya teringat binatang di zoo yang diletakkan di dalam kotak kaca. Apakah dosa dan kesalahan Abah diperlakukan sedemikian rupa. Sejak tarikh itu, setiap kali melawat Abah, saya hanya berpeluang bercakap melalui interkom dan duduk di sebalik kaca. Saya hanya dapat melihat wajah Abah, tetapi tidak dapat menyentuhnya...hati ini memang pedih yang teramat sangat.
Tujuh tahun saya dipisahkan dari Abah, namun tiada sebarang tanda beliau akan dibebaskan. Walaupun pada tahun 2009 ini ada dua pembebasan beramai-ramai yang mendapat tempat di dada media, namun nama Abah saya tiada dalam kedua-dua senarai pembebasan tersebut....
Perpisahan dengan Abah benar-benar membuat saya rasa rendah diri dan terpinggir. Saya terlalu ingin menjalani kehidupan harian bersama Abah. Saya ingin makan, berbual, bergurau senda dan melakukan pelbagai aktiviti harian bersamanya. Saya juga punya keinginan mempunyai keluarga yang lengkap, sama seperti orang lain.
Hingga kini saya tidak faham kenapa Abah saya, seorang yang pendiam dan mudah tersenyum, masih juga belum dibebaskan. Saya tidak tahu apakah sebenarnya kesalahan beliau kerana tahanan ISA lain yang ditahan bersama Abah tujuh tahun dulu, hampir semuanya telah pun dibebaskan... namun Abah masih tetap dikurung di Kem. Saya setuju dengan pendapat Umi bahawa Abah sepatutnya dibicarakan di mahkamah. Kalau benar ada bukti menyatakan dia salah, sekurang-kurangnya hakim akan menetapkan, bilakah tarikh akhir dia menjalani kehidupan sebagai banduan. Saya amat sedih mengenangkan kehidupan Abah dalam ketidakpastian selama tujuh tahun dan terus berlarutan.Saya akan terus berdoa pada Allah supaya Abah segera dibebaskan...
*Testimoni ini ditulis oleh Suhaib Mat Sah, anak kepada tahanan ISA Mat Sah Satray. Mat Sah Satray ditahan sejak tahun 2002, dituduh terlibat dalam aktiviti Jemaah Islamiah, namun tidak pernah dibuktikan di mahkamah.**Ibu Suhaib adalah Puan Norlaila pemilik laman web http://lailagmi.blogspot.com/ @ merah hitam.

Thursday, July 30, 2009

Syurga Cinta

lebih kurang seminggu lepas, aku pegi pasar malam yg dekat uia ni. then tangkapla sekeping cd tajuk "syurga cinta" lakonan awal ashaari, heliza af dan haziq to tom bak. bolehlah dikatakan menarik. best pun sebab ada haziq. kalau nak harapkan heliza... memang boringlah. tangkap skema plus syahdu sangat ayat dia.

tapi antara part yang wat aku terharu sangat dalm citer ni adalah time awal kat disco. sebelum tue dia adalah jugak belajar agama ( sembahyang, quran, moral) dari atuk si heliza. so, masa kat dlm disco ni, hati dia mcm tak tenteram. kawan dia ajak menari pun dia tak nak. then bila masa dia nak minum arak, secara automatik dia tersebut bismillah. dia jadi tersentak . ye lah minum arak tapi baca bismillah. dia terus tergamam dan tersebut pula kalimah ya allah..... . pastu... dia terus lari blah dari situ dan menangis dengan penuh rasa keinsafan.

moral of the story..... korang pikirlah sendiri.

Thursday, July 23, 2009

muka buku

sekarang ni, aku tengah gila facebook. dah jadi addicted dah. hehehehhee. sampai dah tak der masa nak upgrade blog. heheehehehehehe

Thursday, July 16, 2009

C I N T A


- Jika engkau mencintai seseorang jangan tunggu esok hari untok mengatakan nya kerana esok hari itu mungkin takkan pernah ada


- Bahawasanya seseorang pemburu cinta adalah laksana memburu kijang di rimba belantara. Bertambah diburu bertambah jauh dia lari Akhirnya tersesat dalam rimba, tak bisa pulang.


-Andai kata dunia hendak meraih cinta ia tak akan mampu dan andaikata ia akan menolaknya ia juga tak akan kuasa, karena cinta itu suatu anugerah bukan suatu hasil usaha. Cinta berasal dari Tuhan .


- Cinta merupakan pelajaran yang paling sukar dalam kehidupan tetapi atas sbb itu juga ia harus mendapat sepenuh perhatian untuk mempelajarinya


- Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta pernah tumbuh di hatimu.


-Hal paling kejam yang seseorang lakukan kepada orang lain adalah membiarkannya jatuh cinta sementara kamu tidak berniat untuk menyambutnya.


-Cinta selalu berbicara dengan bahasanya Bahasa yang kadang begitu sulit untuk diterjemahkan manusia dan begitu sulit untuk difahami.


- Cintai lah orang yang engkau kasihi sekadarnya belaka barangkali ia akan menjadi orang yang engkau benci suatu hari kelak juga bencilah terhadap orang yang engkau benci sekadarnya saja barangkali ia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti


- Memiliki cinta lebih sukar dari memberinya kerana cinta akan menjadi duri dan membawa sengsara kalau orang yang diberi tidak tahu untok menilainya.


- Cinta akan menyakitkan ketika kamu berpisah dengan seseorang lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh kekasih mu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu sayangi itu tidak tahu apa yang sesungguh nya kamu rasakan.


- Dari cinta Nya kita berasal Dan atas nama cinta Dia menciptakan kita Kerana cinta kita mendatangi Nya Dan demi cinta juga kita kembali kepada Nya


- Cinta ibarat dua hati yang dihubungkan oleh sebatang spring teguh dan ajaib apabila dua hati itu dijarakkan, spring itu akan mengalami ketegangan Semakin jauh spring itu diregangkan, semakin kuat dua hati itu ingin bertemu.

Monday, July 13, 2009

kelas dah start.......


permulaan sem baru yang hebat. ehehehe. ari ni dah stat kelas. tapi kelas pagi cancel la plak. prof ada urusan luar. kul 10 pagi tadi, aku gi wat akaun bank Islam. bukan apa senang bank sarawak aku nak bank in duit. hehehehehee.


sem ni rumate aku semua ahli geng 'kitaorang' hahahaahaha. aku, atie, karimah ngan mira. tah terlepas ke level 2. duduk skali ngan kak jem dia. hehehehehe. Qorie level 1.


sem ni jugak aku amik 7 subjek termasuk skill. antaranya:

1)INTRODUCTION TO ELECTRONIC MEDIA

2) FOUNDATIONS FOR COMMUNICATION IN THE QUR'AN

3) RESEARCH METHODOLOGY

4) RADIO PRODUCTION

5) CONTEMPORARY ISSUES IN COMMUNICATION

6) ENGLISH FOR ACADEMIC PURPOSE

7) GAMELAN


semoga sem ni aku bleh score dengan jayanya. amiiiiiiiinnnnnnnnnnnn!!!!!


chaiyok kajol chaiyok!!!!

Saturday, July 11, 2009

serammmmmmmmmmmm!!!!!!!!


adoi.......... boringnya... aku dah kat uia sekarang. sampai kul 5am kat s.alam. kak mem aku datang amik then tido dulu. bangun kul 8.30 kelam kabut drive balik uia. pasal aku kena jadi faci tuk program GPDP dekat matrik PJ. tapi bertambah angin bila tetiba bro yang handle GPDP ni cakap yg program tue cancel. adoiiiii cam nak makan org je rasanya. dah la tak inform kitaorg kata program ni cancel tak nak ngaku salah plak tue. akhirnya dia mintak maaf jugak.

punya tensen, aku , nuha dan mira putih kluar. aku g repair kereta. kat 3 jam kitaorang tgu. terbangla duit aku RM330. ups... duit abah. hehehehehe.

sambil tgu kereta siap, kitaorang sembang2. tetiba teringat kat member sekelas sem lepas aishah. dia ada citer kat aku, satu malam tue dia dan member dia tengah main game kat lap top. time tue dah kat pukul 2 3 pagi. tengah khusyuk dia main game, tetiba blackout. tapi lap top tak terpadam. kawan dia gelabah gila. bila tengok lap top masih terpasang walau letrik tak der.

skali kawan aku si aisyah ni hentam gelak. dia cakap memangla lap top tak terpadam sebab lap top ni ada batery. tetiba kawan dia tunjuk sesuatu kat sebelah lap top. rupa2nya batery laptop tak terpasang. hahahahahaha time tue memang gelabah gila la bebudak dua orang ni.

meremang la jugak bulu roma aku masa dengar citer dia ni. eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

Sunday, July 5, 2009

Bibik ku…..



Hari ni aku gi makan kenduri rumah bang mat. Dia dan isterinya sedondon berpakaian serba purple. Jumpa darling aku, shah kat sana. Hmmmmmm tapi sekejap je la coz petang kul 4pm dia dah nak balik penang.

Sebelum tue gi kangar dulu beli hadiah tuk pengantin baru. Hadiah dari AJK alumni madi. Pastu gi ambik zah. Lepas balik kenduri, gi umah mak sedara nab. Dapat makan buah setul dan rambutan. Sedaappppppppp!!!! Pastu gi ambik mak kat MADI. Dia ada meeting kat sana.

Balik umah, nampak bibik aku tengah siram pokok. Tetiba teringat perbualan aku ngan dia semalam. Time tue kitaorang tengah tengok tv. Entah macam mana tetiba dia Tanya aku, “ hus…. Sekarang udah tahun 2000 ya?” aku jawab kat dia, “ bukan 2000 lagi bik dah 2009 dah.” Tetiba dia mengeluh panjang, “ gusti pangeran. Saya ingat sekarang baru 2000.” Hahahahahaha. Aku gelak besar. Bibik bibik….. betapa ketinggalan nya dirimu. Huhuhuhu. Kekadang kesian gak kat dia. Membaca tak boleh. Menulis lagi la. Pendek kata, buta huruf. Doa makan pun tak tau. Mak aku banyak kali dah ajar dia niat sembahyang, tapi macam2 bunyi yang dia keluar. Hehehehehehe.

Tapi , ye lah. Setiap makhluk yang dicipta tuhan…… ada keistemewaannya. Macam bibik aku ni…. Walaupun dia tak berilmu, tapi dia seorang yang sangat jujur. Biarlah dia bodoh di mata manusia asalkan di mata tuhan dia adalah orang yang sangat ikhlas.

Friday, July 3, 2009

alumni madi berpresiden baru.....




Semalam 2 july, ada meting alumni kat cafeteria madi. Mulanya kata start kul 4.30pm, tapi last2 jadi kul 6.00 pm. Hehehehehhe biasalah tue………….. adalah dalam 10 orang yang datang. Rindu sangat ngan diaorang semua.

Tahniah wat abang shimi sebab jadi presiden alumni yang baru. Tahniah jugak wat ustaz rosmadi coz dilantik jadi penasihat. Dan tahniah wat semua ajk2 baru yang dilantik. Tapi surat perlantikan tak kuar lagi. Insyaallah minggu depan kot akan siap. (abg suriady yang akan siapkan. Hehehehehehe)

Next meeting, 8hb ni. Diaorang nak wat malam plak. Hmmmmm better kot. Bleh bincang lama sikit. Semoga alumni madi bertambah maju. Amiiiinnnnnn!!!!!!

Sambil2 tue , jumpa ramai anak murid furqan dulu. Jenuhla jugak bersalam. Hehehehehe. Rindu jugak kat diaorang semua. Dah besar memasing yek. Huhuhuhu. Teringat sorang student furqan dulu , namanya azrul. Memang hyper aktif. Pernah sekali aku bawa dia balik rumah time weekend. Bukan aper kesian. Lagpun dia ada family problem. Tapi tau apa jadi…. Punyala nakal sampaikan langsir rumah aku dibakarnya. Hahahahaaha. Azrul…….azrul…….. nasib baik tak terbakar satu rumah. Kalau tak memang confirm merempatla aku satu family. Huhuhuhuhu….

TUKAR TUKAR