Followers

Monday, October 17, 2011

PERMINTAAN DARI SEORANG TEMAN...

masa aku tengah wat keje di pejabat hari ni tiba2 aku dapat satu sms. pengirimnya aku tak tahu. hanya nombor terpapar di skrin. aku buka dan baca. isi mesejnya ringkas... tapi buat aku tertanya2.

017-512.... : salam apa khabar. saya nak minta tolong dekat husna boleh tak

AKU : salam. boleh saya tahu siapa ni?

017-512... : nama saya A.  kawan ustaz B

AKU :  ustaz B? nak mintak tolong apa?

017-512.... :  tolong cari jodoh untuk saya boleh tak?

errrrrrrrr..... tergamam aku seketika. 2 tahun yang lalu, dia pernah mintak aku tolong perkara yg sama. aku dah carikan. tetapi perempuan itu telah menolak dia dengan cara baik. sekarang dia mintak tolong aku lagi. mungkin kali ini aku perlukan pertolongan dari TUHAN untuk menolongnya. lantas ku membalas sms nya

AKU :  insyaallah... saya akan cuba.

YA ALLAH... aku memohon kepadaMu kau ringankanlah jodoh sahabatku ini. pertemukan dia dengan seorang perempuan yang dapat menjadi teman hidupnya sehingga keakhir hayat. seorang perempuan yang dapat membawanya ke jalan syurgaMU. sesungguhnya ku akui, dia manusia yang baik. semoga jodohnya juga dari kalangan org2 yang baik. aminnnnn....





2 comments:

cik tehaa said...

amiiiinn.. kakna, doakan kan teha jugak ye :D

merenam kajol said...

doa kak na mmg sentiasa tersalur untukmu sayang :)

TUKAR TUKAR