pernah tak korang rasa jemu dengan seseorang? apa sebabnya? dia buat perangai ke? or pernah tak korang jemu dengan seseorang tanpa sebab?
aku antara orang yang cepat jemu. jumpa kadang2 okey. tapi bila selalu sangat, rasa jemu pun menjengah. tak kirala pada siapa pun. lelaki or wanita.
tapi rasa jemu aku, tak de la bawak effect sangat pada sesiapa. sebab tue, aku kalau berkawan.... aku tak pernah kawan berdua. kawan2 aku ramai. dari tadika, sampai ke universiti.... aku pasti ada geng aku sendiri.
kadang2 aku pelik dngan sesetengah org yang jenis kawan berdua ni. pergi mana2 berdua. makan berdua, gi kelas berdua, shopping berdua.... mana2 je lah berdua. tak rasa jemu ke? or korang tu sahabat sehati sejiwa?
aku pun ada sahabat sehati sejiwa... tapi aku tak boleh berdua. mesti bertiga, berempat or lebih dari berlima.
kalau tak dengan kawan, ada yg jenis suka berkepit ngan pak we. hari2 mesti nak jumpa. lunch mesti wajib sama2. kalau tak lunch, dinner pun kira boleh la. nak buat apa, mesti kena report ngan pak we. kalau pak we tak bagi izin, rasa berdosa plak nak wat apa2. macam la si pak we tu yg lahir dan susukan korang. pelik kan?
tak cukup ngan jumpa, bergayut kat talipon pula. satu hari ber jam jam lamanya. asyik bercakap benda yg sama. u dah makan ka? u sayang i tak? ari ni u pakai baju apa? naik geli telinga mendengarnya. macam2 hal la. tak rasa jemu ke?
macam yg aku cakap tadi, aku ni jenis cepat jemu. entah2 org lain pun cepat rasa jemu ngan aku. ADA AKU KESSAH? hahahhaha.
tapi benda yang paling aku takut.... aku harap sikap cepat jemu aku ni tak bawa sampai ke tua. mampus aku kalau tiba2 aku rasa jemu ngan suami aku. kalau laki.... bolehlah aku kawin lain. tapi aku pompuan... tak kan nak mintak cerai. gila ke apa? mau bergegar arasy Allah nanti murkakan aku. lagipun aku bukannya cantik macam rozita che wan or fasha sandha. ari ni bercerai ... esok beribu yang dtg offer.
tapi mcmana dgn sesetengah org. kawin dah bertahun2, anak dah bersusun tapi tiba2 perasaan jemu itu datang. apa korang nak wat? yang lelaki... korang nak ceraikan ke bini tue? or cari bini baru? yang perempuan... nak main ngan lelaki lain ke belakang suami?
bagi aku, rasa jemu itu boleh dibendung. sebagai manusia .... kita yg harus kawal perasaan. bukan perasaan yang kawal kita. jangan bila dah jemu, mula lah kita nak menyalahkan pasangan. pasangan kita tak ok la. tak reti itu... tak reti ini..... macam2 alasan kita bagi. padahal perasaan jemu itulah yg menjadi punca.
cadangan aku, kepada yg cepat jemu.... carilah kelebihan yang ada pada pasangan anda agar rasa jemu itu akan hilang. pada yang dijemu, persiapkanlah diri anda agar kelihatan lebih menarik. bukan hanya fizikal... tapi attitude tue yg lebih penting. keluarkan aura anda agar pasangan anda akan sentiasa mghargai diri anda.
lastly.... sebagai manusia kita selalu melupa dan mangabaikan sesuatu yang dah jadi milik kita dan kita hanya akan menghargainya apabila kita telah kehilangannya. dan pada saat itu.... SEGALANYA DAH TERLAMBAT....
3 comments:
salam.. to'wan tag tuan rumah join segmen :)
http://abuhanif186.blogspot.com/2011/08/saya-nak-join-bloglist-blogfynacom.html
ok tok wan :)
check my blogvisit this page navigate herecheck these guys out my companya knockout post
Post a Comment