Followers

Friday, August 5, 2011

AKU DAN BUSINESS

pejam celik pejam celik, dah hampir 8 bulan aku berada dalam dunia perniagaan ni. walaupun belum lagi sampai setahun, dah macam2 pengalaman yang dapat aku pelajari. rentak dunia perniaagaan yang tidak setulusnya jujur... yang sentiasa dipenuhi dengan tipu helah untuk mengaut keuntungan, karenah staf-staf yang mmg pelbagai, karenah rakan2 bisnes yang sememangnya banyak karenah, ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak. tetapi semua benda yang aku sebutkan tadi, banyak membantu aku untuk menjadi lebih matang dalam dunia bisnes ini.

abah aku pernah ingatkan aku, nabi bersabda yg mmbawa maksud, " peniaga yg jujur akan bersamaku di syurga" jadi kepada peniaga yg tdk jujur, yang menipu... paham2 la korang tempatnya kat mana. oleh sebab itu, sebagai seorg peniaga, aku cuba untuk menjadi jujur dalam perniagaan.alhamdulillah, setakat ini aku tidak lagi pernah menipu mana2 pihak demi mengaut keuntungan. biarlah untung itu sedikit, tapi dgn berlaku jujur aku dapat rasakan kebahagiaan dan kepuasan dalam berniaga.

ramai org kata, dalam bisnes kalau kita jujur, kita tak boleh pergi jauh. paling tidak tipu menipu sikit2 tue mesti ada. ye aku akui kebenarannya. tapi apalah nilai kekayaan dan keuntungan yg kita dapat , kalau keberkatannya kita tak ada. lambat laun kita akan tersungkur jua.

bercakap soal dugaan dan rintangan, tak ada perniagaan yang tak ada masalah. aku juga melauinya. antara punca besar masalah, apabila customer kita lambat buat pembayaran. ada juga yang cuba lari dari membayar. sebagai contoh, ada customer aku dari kuala kangsar yg slalu sgt order brg pada aku sebelum ni. ordernya pulak banyak2. sekali order nilainya melebihi RM 30k. bulan pertama hingga bulan kelima, semuanya okey. tapi bila masuk bulan ke- 6, dia menghilang diri. nasib baik ada bisnes partnernya yg bertanggungjawab yg tolong bayar semua hutang2 dia pada aku.

contoh kes ke-2, ada satu koperasi (cukup femes di malaysia), mereka ambil barang aku bernilai hampir RM260k. dah 3 bulan ambil, tapi bayaran yg aku dapat tak sampai RM20k pun.

kes ke 3, seorang perempuan dari penang ( juga under koperasi) ambil barang aku bernilai RM30k. janji nak dtg bayar payment sejak 15 july yang lalu, tapi sampai sekarang tak nampak muka. macam2 alasan dia bagi. demamlah, eksidenlah, kat kl lah, macam2 hal. sepatutnya dtg hari ni, tapi pagi td dia call, nak dtg isnin plak. nanti hari isnin ni, macam2 alasan la plak dia bagi.

hmmmm... walaupun korang tengok dengan masalah yang aku ada ni, sebenarnya... aku langsung tak rasa serik untuk berniaga. perniaagaan adalah minat aku sejak dari kecik. kerjaku sekarang membuatkan aku bahagia. walaupun masalah melanda, aku masih ada keluarga. mereka yg sentiasa menyokong aku sepenuhnya. terutamanya mak dan abah aku. doa mereka lah, yg membuatkan aku berjaya seperti sekarang.

tak lupa juga pada kakak2 dan abang aku. mereka juga banyak membantu especially my brother. dialah yg banyak memberi peluang pada aku dalam bidang perniagaan ni. aku doakan, semoga aku dan abang aku akan sentiasa menjadi peniaga yg jujur. kaya di dunia dan juga kaya di akhirat. amin!

ANTARA PRODUK KELUARAN SYARIKAT AKU
"AIR SARANG BURUNG AL-WALIT, PEMACU TRANSFORMASI KESIHATAN"

KAT OFFICE LAMA

BERSAMA DENGAN PEKERJA2  FAA MARKETING




No comments:

TUKAR TUKAR