Followers

Monday, March 14, 2011

wartawan bi_d_b! ( KASAR SGT KE?)

assalamualaikum.

pada 11hb march hga 13hb march pas perlis telah mengadakan majlis perasmian bangunan baru pejabat pas negeri perlis. pelbagai acara telah diadakan, termasuklah ceramah dan juga gerai2 jualan.

ketella juga tak melepaskan peluang untuk menjual produk air sarang burung. walaupun ada sedikit masalah, namun biasalah. hal2 kecik.

tapi ada satu masalah, yang mmg aku tak boleh tahan. mungkin isunya kecil, tapi cukup boleh buat hati aku dan my family berangin satu badan. kisahnya begini:

sepanjang majlis di kompleks PAS, abah aku berkali2 pesan pada mak aku dan kami anak2nya supaya naik berehat dekat dalam bilik office dia. abah kata " naiklah bilik abah. boleh rehat2, nak tidur ke, nak apa ke?"

then masa hari 1st kami di sana ( kebetulan kak mem aku yang duduk kat klang balik kampung, so dia pun join aku dtg ke kompleks pas), kami naik la masuk bilik abah aku. time kami bukak pintu, tetiba ada satu lelaki yang cukup kurang ajar menengking dari belakang "Hoi, hampa nak buat apa dalam bilik pesuruhjaya?"

kak mem aku terkejut. dia tanya, lelaki mana yang kurang ajar sangat tu? aku jawab, itu basyir. wartawan harakah. kemudian aku dan kak mem malas nak amek port pasal dia. petangnya plak, kak beez aku datang satu family. skali lagi abah aku suruh kami anak beranak masuk berkumpul dalam bilik dia. then, bila dah petang, kami semua pulang ke rumah abah.

malamnya, aku dtg semula ke kompleks pas dgn kawan2 aku siti dan shamila. aku nak jumpa abah aku sebab nak bagi duit kat pas. masa aku masuk ke dalam dewan kompleks, skali lagi aku disapa oleh lelaki itu. ayatnya lebih berbisa dari tadi. " hampa dok buat apa dalam bilik pesuruhjaya?" aku jawab ringkas " nak merompak" lepas tue dia sambung " habis lantai berlendiaq, semut penuh. ni nak komplen la sikit."

serius cakap, aku tergamam waktu tue. first time aku jumpa dgn org yang aku mmg tak rapat langsung dgn dia terus nak sound direct kat aku. dalam kepala aku dah set " laki ni mmg kurang ajar".

pagi esoknya, bila aku bangun dari tidur, terus aku cerita ttg hal ni dkt abah , mak and family aku. abah kata "dia mmg macam tue" kak mem aku menambah " mana boleh, dia sbagai org yang bekerja dgn institusi pas, harus jaga tatasusila dia dan adab sopan." mcm mana kalau time tue org umno yg ada kat tempat kak mem aku, mmg sampai mati tak kan masuk pas la org tue. dia tak kenal kak mem aku, tapi selamba nak sergah2 org.

aku tnya abah aku, " dia ke yang lap kan lantai? or abah ada bising2 ke pasal tue? abah aku jawab, TAK and abah aku kata "abah suruh org lain and bukan suruh dia."

so skang ni, yang aku tak faham, kenapa dia yg lebih2 nak kecoh dan over. mmg anak2 sedara aku mgkin bersalah sbb makan tumpah or what so ever tapi, boleh tak tegur dan cakap elok2 dengan org. dan sebelum kes lantai berlendiaq tue pun, dia dah kecoh2 tak kasi my family including my mum masuk bilik abah. what's ur problem hah? bukannya family aku kebuluq sgt nak masuk lepak situ. best sgt ke? stakat ada air cond dan sofa, rumah kitaorg pun ada. dan kitaorg bukannya hari2 lepak situ!

mungkin aku bukan wartawan yg hebat macam dia, tapi kalau jenis mulut laser macam tue, dia lebih layak jadi wartawan melodi dari jadi wartawan harakah. maaflah ye, aku jenis yg berterus terang. kalau aku tak suka, aku tak selindung2 atau yg jenis nak hantar surat2 layang. sorry that's not i am!

dan last skali ada satu soalan je aku nak tanya skang ni? WHO ARE YOU?

No comments:

TUKAR TUKAR