Followers

Sunday, June 28, 2009

seekor dan seseorang yang ku sayang!!!




Ari ni aku berkunjung ke pesta buku. Tapi bukan buku yang aku beli, aku beli mouse dan keyboard sticker. hehehehehhe. Then tak der aktiviti len yang aku wat kat umah melainkan tidoq.hahaahahahha

Dulu kalau aku balik, boleh gak main ngan cecep. Cecep ni kucing peliharaan kuarga aku. adiya yang kasi nama.Cecep kitaorang ni handsome sangat tapi bodoh.hehehehehe. sebenarnya dia ni kelakar dan terlalu manja. Suka duduk atas riba orang. Tempat dia suka tido, tempat yang beraircond dan atas sofa. Semua orang suka cecep sebab dia ni special sangat. Mak aku yang sebelum ni tak suka kucing pun sayang kat cecep.

Kat mana tempat family kitaorang lepak, kat situ la dia. Yang best sangat bila malam dia suka tidur kat ujung kaki aku. siap share selimut lagi tue. Cecep cecep. Tapi skang dia dah tak der. Adiya cakap, dia mati eksiden. Masa dengar tue, terkedu sekejap aku. hmmmmm menangis la jugak. Ntah, rasa macam sedih sangat. Dia tue dah macam family kitaorang. Aku rasa , dia pun tak tahu yang dia tue kucing. dia paling rapat ngan adiya aku.

Sebut pasal adiya, tengah aku tengok cerekarama semalam, hp aku b’bunyi. Adiya hantar mesej. “ na toek”

Then aku balas “ adiya toek”.
Dia balas balik: “ na lagi toek”
Aku balas pulak: “ adiya lagi lagi lagi toek”
Dia tak mengalah, dia balas lagi: na lagi 1 juta lagi toek”
Aku pun tak nak mengalah: “ awak 2 juta lagi toek”
Dia balas: “ na lagi toek sampai tak dak sape boleh lawan. Hahahahahaha.”
Then dia Tanya aku: awak ingat tak dulu kita selalu gaduh macam ni? Yang bestnya, saya selalu menang. Pastu kita gaduh bising lagi sampai mak marah. hehehhehehe”

Bila baca mesej dia aku tergelak kecil. Hmmmmm best betul masa kecik2 dulu. Kitaorang dua slalu gaduh mulut. Memang bising sangat. Mak sampai dah pening kepala ngan kitaorang. Ehehehhee. Walaupun slalu kena marah ngan mak, tapi kitaorang tak pernah serik. Tapi skarang, adiya dah jauh ngan aku. dia kat Sarawak, tak sangka plak yang dia skang dah jadi pensyarah uitm.

Walaupun dia jauh, tapi skarang kan teknologi dah canggih. Sms ada. Lalu aku pun menggapai tel bimbitku dan membalas mesejnya:
“ huh betapa saya menjadi mangsa dera awak ketika tue. Tapi biasalah, saya kan orang baik.”
Hahahahaahaha ternyata aku pun tetap tak nak mengalah. Dan sebenarnya sampai sekarang kami masih begitu. Bergaduh dan bergurau seperti waktu kecil dahulu. Kerana adiya adalah kakak dan aku adikmu.………………

No comments:

TUKAR TUKAR