Followers

Sunday, November 13, 2011

FOUR SISTERS


specially dedicated to my lovely sisters:
Nabilah, Hamimah, Nadiyah


We are four sister,
Four sisters are we,
I love each of you,
And I know you love me.

We’re not always together,
Life sometimes keeps us apart.
But we're never separated
We’re in each other's heart.

Now I know we've had our troubles,
But we always get thru.
The real message is you love me,
And I also love you.

We have had lots of good times
That we'll never forget
Sometimes we worry
And sometimes we fret

But if God ever gave me
Something special you see,
It might have been the blessing of,
Four sisters are we.

The Lord above has gave me lots
Of happiness and everything that am asking for
But the most special thing He did was
Make us sisters, all FOUR













Saturday, October 22, 2011

CONTEST RELAKS TENANG SIMPLE: ENTRY TERBEST: HADIAH PUN BEST

www.nadiyahashim.blogspot.com

post yang paling best of course la post yang ini : http://nadiyahashim.blogspot.com/2011/10/one-and-only.html

KENAPA? sebab ni kan post awak yang memang dikhaskan untuk saya. apa2 yg ada kaitan dengan saya memang best! hohohoho. 

menang ke kalah ke....hadiah tetap saya nak. hahahahahahha  : D

Thursday, October 20, 2011

MAAF... KAU BUKAN LAGI SAHABATKU





bertahun berkawan, mengharungi suka duka, gelak bersama, tawa bersama, berikrar janji setia namun hanya dalam sehari cuma.... kau menjadi begitu asing bagi diriku.

maafkan aku teman, tiada lagi ruang di hati ini untukmu. luka yang kau guriskan, amat dalam sehingga tiada penawar yang mampu mengubatinya.

dinding hatiku kebal... namun kalau kena dengan pelurunya , ia bisa roboh, berkecai, hanya tinggal debu2 yang tak bisa  pulih lagi.

kau bijak  memilih peluru dan TERIMA KASIH KERANA PERNAH BERGELAR SEORANG TEMAN DAN SAHABAT PADA DIRIKU ...

dan nasihat terakhirku... lupakanlah pada gelaran2 itu... kerana tak mungkin ia terjadi untuk kali seterusnya...


Tuesday, October 18, 2011

SOAL HATI .... SOAL MATI...

semalam, lepas balik dari kerja... aku , niey dan wanie gi lepak2 makan2 dekat tepi laut du kuala perlis. sembang2 kosong... tetiber terkeluar topik, soal kematian. macam2 yg kami ceritakan. bila waktu menghampiri maghrib... kami berangkat pulang.

selesai mandi dan solat maghrib, aku tengok tv dengan mak aku. tiba2 dapat satu mesej dari wani mengatakan nenek salah seorang staff pejabat telah meninggal dunia. baru je 2 3 hari lepas kami semua pergi melawatnya di hospital. ternyata maut menjemput tidak mengira masa.

lebih kurang pukul 1pm, aku dah tidur. masa tgah tidur tue, aku rasa panas sangat. dahi aku berpeluh. suasana plak gelap giler. tetiber aku terjaga. aircond bilik off. rupa2nya black out.

aku call TNB, rupa2nya pencawang di simpang empat rosak. dalam masa sejam baru ok. nak tak nak, aku terpaksa tidur kat atas lantai sebab panas sangat. nasib baik tile bilik aku sejuk.

time tue aku terpikir... beginilah rasanya masa kat dalam kubur nanti. keseorangan, gelap, panas, tak selesa , takut... Ya Allah... kau ampunkanlah dosaku. tempatkan aku dalam keredhaanmu walaupun aku adalah hambamu yang banyak melakukan dosa.  ampunkan aku ya allah! matikan aku dalam iman. amin ya rabbal a'lamin!

Monday, October 17, 2011

PERMINTAAN DARI SEORANG TEMAN...

masa aku tengah wat keje di pejabat hari ni tiba2 aku dapat satu sms. pengirimnya aku tak tahu. hanya nombor terpapar di skrin. aku buka dan baca. isi mesejnya ringkas... tapi buat aku tertanya2.

017-512.... : salam apa khabar. saya nak minta tolong dekat husna boleh tak

AKU : salam. boleh saya tahu siapa ni?

017-512... : nama saya A.  kawan ustaz B

AKU :  ustaz B? nak mintak tolong apa?

017-512.... :  tolong cari jodoh untuk saya boleh tak?

errrrrrrrr..... tergamam aku seketika. 2 tahun yang lalu, dia pernah mintak aku tolong perkara yg sama. aku dah carikan. tetapi perempuan itu telah menolak dia dengan cara baik. sekarang dia mintak tolong aku lagi. mungkin kali ini aku perlukan pertolongan dari TUHAN untuk menolongnya. lantas ku membalas sms nya

AKU :  insyaallah... saya akan cuba.

YA ALLAH... aku memohon kepadaMu kau ringankanlah jodoh sahabatku ini. pertemukan dia dengan seorang perempuan yang dapat menjadi teman hidupnya sehingga keakhir hayat. seorang perempuan yang dapat membawanya ke jalan syurgaMU. sesungguhnya ku akui, dia manusia yang baik. semoga jodohnya juga dari kalangan org2 yang baik. aminnnnn....





Sunday, October 16, 2011

SEDAPPPPP GILAAAA.....

minggu lepas, kawan aku ct sibuk nak makan aiskrim magnum classic. hmmmm pengaruh ngan iklan le tue. konon2 bila makan aiskrim, bleh jadi princess. hehehehehe. sibuk la dia hari2 dok cakap nak makan aiskrim tue. dia punya crita sampai aku pun terliur. hehehhehehe

maka operasi mencari aiskrim itu pun berlaku. dari satu kedai ke satu kedai kitaorg cari.... akhirnya kejayaan menanti. hahahhahaha. mmg sedap siot!



amek gambaq dulu sebelum makan



perisa coklat and vanilla yummy!

Segmen Eida Arina : Jom Berkenalan Blogger 1 Malaysia



SALAM KAWAN2 SEMUA. MAI KITA PAKAT2 JOIN SEGMEN NI DISAMPING MENAMBAH KENALAN :)


Nama Panjang/Pendek Saya: HUSNA BINTI HASHIM / NA

Tarikh Lahir Saya: 20 MAC 1985

Saya Belajar di Sekolah/Universiti : UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

Nama Blog Saya : MY LIFE IS GREAT (www.husna-ibtisam.blogspot.com)

Follower Blog Semasa Saya : nadiyah  

Blogger Otai yang Saya Minat Gilerz : tok wan

Harapan dari Saya : HARAPAN SAYA SEMOGA KITA SEMUA BAHAGIA SLALU DAN SAMA2 KITA MENCERIAKAN DUNIA BLOGGERS INI :)

klik sini kalau nak join : JOM BERKENALAN ANISAIDA

Saturday, October 15, 2011

"SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG ..."

salam. sajer nak try segmen ni agar dapat terima serangan dan komenan dari blogger2 lain. :) kredit to bro.naser.  korang bleh klik kat bawah ni kalau nak join jugak:
mohdnaser.blogspot.com

TENTANG DIA...

semalam aku pergi ke kedai cd. cuba cari cerita2 best yg boleh ditonton sebelum tidur.  ada 4 cd yang aku beli. salah satunya adalah cd lama cerita dari indonesia yg bertajuk TENTANG DIA.



sebelum ni aku dah pernah tengok cerita ni. tapi sajer nak tengok lagi.

ternyata cerita ni memang best!

antara kata2 dalam cerita ni yg aku suka :


ADA YANG HILANG
KETIKA KAU HILANG
HATIKU
JIWAKU

ADA YANG PERGI
KETIKA KAU PERGI
SENYUMKU
TAWAKU

HIDUPKU IKUT HILANG BERSAMAMU
CINTAKU IKUT PERGI BERSAMAMU

SEMENTARA AKU MASIH DI SINI
MENCUBA TEGAK BERDIRI
TANPAMU....

Tuesday, October 4, 2011

MISTERI DI SANTUBONG... EEEEEEE

salam. apa habaq semua? aku skarang ni ada kat sarawak. jalan2 sambil keje main2 gitu. hahahahaha. aku bertolak dari air port penang kul 7.15am and sampai kat airport kuching dalam kul 9.15am. adiya aku dtg amek.

sampai2 je sini, adiya aku terus bawak aku gi brekpes kat santubong. nak makan tepi laut kononnya walaupun hujan turun renyai2. hehehehhe. jalan ke santubong berliku2. lebih kurang macam jalan nak ke kelantan.

masa on the way pergi, tiba2 kami nampak ada kreta eksiden dekat selekoh. kreta mpv (aku lupa jenis apa) warna kelabu. kreta tu langgar pokok. teruk kemek kreta tu kat bahagian depan. amsa tue, lori tow truck pun dah sampai. ngeri jugak tengok keadaan kreta tu. nasib penumpang tak tahu la macamana.

kitaorang teruskan perjalanan. sampai je, kitaorg makan2, best dpt minum tea c special. kalau kat semenanjung, kita panggil teh 3 layers. pastu amek gambar 2 3 keping kat perkampungan budaya.

masa on the way balik. satu peristiwa yg pelik dan misteri berlaku. ada satu lagi kejadian eksiden berlaku. mmg la tak pelik. tapi yg peliknya kejadian itu berlaku kat tempat yg sama yang kitaorg jumpa masa dtg td dan kereta yg berlainan. kali ni kreta mpv warna putih plak.

tempat yg sama, kedudukkan kreta yg sama, kemek di bahagian depan jugak yg sama, cuma masa dan kreta saja yg lain. aku time tue dah kecut perut. adiya aku cakap.... maybe tempat tue keras or ada something yg telah mengganggu pemandu2 itu.

hmmmm... semoga tuhan selamatkan perjalan kami. amin!

gambar hiasan



Tuesday, September 27, 2011

ONLY YOU ......


Since the day we first met,
I knew it was love,
God answered my prayers,
You came down from above...
You gave me your heart,
And taught me to trust,
For the first time ever,
It was more than just lust...
Your sweet loving words,
Are not to be compared,
I am forever your partner,
My soul I have bared...
Every day I wake up,
With a smile a mile long,
I know that we are solid,
I know that we are strong...
So never put into question,
My feelings being true,
Because I have found my one and only,
And I will always love you.

Monday, September 26, 2011

WAHAI PEROKOK2.. INI LAH HASIL DIDIKKAN KALIAN !

Bru2 ini, aku ke kedai dobi. Malas nak basuh sendiri, tambahan plak perlis skrg hujan tak henti2. sidai hari ni, 3 bulan lg baru kering. ngeh ngeh ngeh

masa aku kluar dari kedai ngan ct, kebetulan depan kereta aku ada 3 org budak. sorang umur aku tgok macam budak pmr, 2 org lagi macam baru darjah satu. yg budak pmr ni, sedang hisap rokok. bila putung rokok dah tinggal pendek ( macam nyawa org yg hisap rokok jugak), selamber badak air je dia baling dpn kreta aku. nasib baik kreta aku tu kreta.... kalau kreta aku tu tong gas... tak ke boleh meletup! ( apa aku merepek ni?)

lepas tu diaorg blah. yg aku tak boleh tahan sgt tue, tetiba sorang budak yg darjah satu tu, pegi kutip rokok yg budak pmr tadi baling, pastu dia hisap. dia ingat tak de org nampak. aku bukak cermin tingkap, pastu aku tunjuk isyrat jari ( jagaaa ko budak. baru darjah satu dah pandai hisap rokok) lebih kurang itule maksud warning jari aku tu.

budak tu takut terus, terus lari sembunyi belakang tiang. haaa kat bawah ni ada gambar dia. sempat jugak aku snap.

korang nampak tak kaki budak tue di sebalik tiang. tau plak dia takut... yg hisap rokok tak plak dia takut mati!

sebenarnya, aku sedih dan terperanjat sgt tgk situasi tu. sanggup budak tue kutip putung rokok yg dah dibuang atas jalan, pastu slamber je dia hisap. tue baru sekolah rendah? sekolah menengah nanti mcm mana la agaknya. apalaaa perasaan mak bapak budak tue, kalau tahu anak diaorg wat prangai macam ni?
sebagai bakal menjadi seorg ibu ... aku tumpang berasa simpati ( huaaaaaa getisnyerrrr hahahaha)

apa2 pun, aku nak ucap tahniah pada perokok2 sekelian. inilah dia hasil didikkan yg telah korang lahirkan. sekali lagi tahniah kepada anda semua! PEROKOK2 SEMUA.... ANDA MANUSIA HEBAT!!!

masa reverse kereta... sempat aku suruh ct amek gambar budak itu....

Friday, September 23, 2011

3 hari di kelate... 3 kali saman. SYABAS POLIS KELATE!

hahahahhaha. baru2 ni aku ngan ct gi kelate ada urusan business di sana. aku perlu berjumpa dengan pemain bola sepak kelate bro. ramzul zahini sebab dia akan menjadi duta produk air sarang burung al-walit aku kat sana dan sekaligus menjadi stokis kelate.

aku bertolak ke sana ptg ahad, sebab awalnya ada open house kat umah aku. tak kan nak blah time tetamu ramai di rumah. sampai kelate pukul 12pm dan stay kat ridel hotel. thanks tu bro.jehan (player kelate jugok) sebab carikan kitaorg hotel dan tunjuk arah jalan.lepas tolong aku check in hotel, dia pesan , "pagi esok turun bawh letak duit syiling parking, nanti kena saman. ( parking hotel full so kena parking tepi jalan).

al macam biasalah, aku ni kan mana reti tak bangun lewat. so hari 1st di sana, dapatlah surat chenta teragung dari mpkb. tahniah husna!



keesokkan harinya, peristiwa yg sama berulang. satu lagi surat chenta teragung aku terima. syabasss husna bette he!

bila hari ke tiga, tempat parking hotel ada kosong. maka slamatlah aku pada hari ketiganya drpd disaman oleh mpkb. maka berangkat pulanglah aku ke perlis bersama cik ct dgn hati yg berbunga.

rupa2nya, mmg ternyata bunga pasti akan layu. di tengah jalan kat tanah merah, ada roadblock . dan aku skali lagi telah disaman krana menggunakan henpon ketika memandu. oh husna... anda mmg betul2 hebat. congrates girl!



cik ct di sebelah hanya tersenyum dan berkata " senyum... tak perlu kata apa2" dia juga sempat menambah "polis kelantan.... memang rajin bekerja."

TAHNIAH POLIS KELATE.... TAHNIAH HUSNA!


gambar2 yg sempat aku snap di kelate


dengan ct


aku dan mj. tgah beli cakoi


yg sebelah aku tu la player klate, ramzul


2 org lg tu, safuan dan marizi



kat pizza hut di kb mall


Friday, September 16, 2011

KENAPA RAYA TAHUN NI BEST?

salam semua. rasanya belum terlambat untuk aku wish selamat hari raya aidilfitri... maaf zahir dan batin. raya tahun ni, rasanya lebih meriah dari tahun2 yg lain. kenapa? sebab tahun ni, tahun first aku bagi duit raya kat orang. maklumlah... dah berkerja. hehehehehehe. sebelum ni asyik menadah tangan je mintak duit raya kat orang. baju raya pun beli pakai duit sendiri taw. ngeh ngeh ngeh...

yang tambah best lagi, masa raya ke 3 kitaorang wat family day. tapi tak de gambar yg dapat aku pos kan sebab gambar2 semua ada kat kakak2 aku. nanti aku mintak kat diaorg, aku akan pos kat blog ni. : P

apa2 pun, raya tahun ni lagi bertambah best sebab ni first time aku dapat posa penuh sebulan. fuiyooooo! kredit untuk aku! tak yah susah2 nak ganti. maklumlah.... kalau bulan tak posa ni... mmg payah sangat aku nak posa. : P

and selain dari tue, raya ni bertambah best sebab.... setelah bertahun2, ni lah tahun yang aku ada di rumah sepanjang ramadhan. dapat bukak posa dan terawih sama2 ngan mak abah aku mmg saat2 yg best. sebab mak aku pandai masakkkkk. hehehehehehe

ok lah... semoga korunk pun rasa happy lah ye dgn raya tahun ni. bye bye. audios.


BARU BALIK SEMAYANG RAYA


RAYA KE DUA KAT RUMAHA KAWAN (SHAMILA)


RAYA KE  4 ON THE WAY NAK GI JALAN2 RAYA NGAN KENGKAWAN


Friday, September 9, 2011

hmmmm hmmmm hmmmm..... gerammmm!

pernah tak korang rasa geram dan marah kat seseorang? rasa macam nak cekik2 je leher makhluk tue. hehehhehehe brdosa kan. disebabkan rasa geram, nak menaip pun malas je rasanya. i chow dulula. bye bye!

Monday, August 8, 2011

JEMU! BORING! BOSAN!


pernah tak korang rasa jemu dengan seseorang? apa sebabnya? dia buat perangai ke? or pernah tak korang jemu dengan seseorang tanpa sebab?

aku antara orang yang cepat jemu. jumpa kadang2 okey. tapi bila selalu sangat, rasa jemu pun menjengah. tak kirala pada siapa pun. lelaki or wanita.




tapi rasa jemu aku, tak de la bawak effect sangat pada sesiapa. sebab tue, aku kalau berkawan.... aku tak pernah kawan berdua. kawan2 aku ramai. dari tadika, sampai ke universiti.... aku pasti ada geng aku sendiri.

kadang2 aku pelik dngan sesetengah org yang jenis kawan berdua ni. pergi mana2 berdua. makan berdua, gi kelas berdua, shopping berdua.... mana2 je lah berdua. tak rasa jemu ke? or korang tu sahabat sehati sejiwa?
aku pun ada sahabat sehati sejiwa... tapi aku tak boleh berdua. mesti bertiga, berempat or lebih dari berlima.

kalau tak dengan kawan, ada yg jenis suka berkepit ngan pak we. hari2 mesti nak jumpa. lunch mesti wajib sama2. kalau tak lunch, dinner pun kira boleh la. nak buat apa, mesti kena report ngan pak we. kalau pak we tak bagi izin, rasa berdosa plak nak wat apa2. macam la si pak we tu yg lahir dan susukan korang. pelik kan?

tak cukup  ngan jumpa, bergayut kat talipon pula. satu hari ber jam jam lamanya. asyik bercakap benda yg sama. u dah makan ka? u sayang i tak? ari ni u pakai baju apa? naik geli telinga mendengarnya. macam2 hal la. tak rasa jemu ke?

macam yg aku cakap tadi, aku ni jenis cepat jemu. entah2 org lain pun cepat rasa jemu ngan aku. ADA AKU KESSAH? hahahhaha.

tapi benda yang paling aku takut.... aku harap sikap cepat jemu aku ni tak bawa sampai ke tua. mampus aku kalau tiba2 aku rasa jemu ngan suami aku. kalau laki.... bolehlah aku kawin lain. tapi aku pompuan... tak kan nak mintak cerai. gila ke apa? mau bergegar arasy Allah nanti murkakan aku. lagipun aku bukannya cantik macam rozita che wan or fasha sandha. ari ni bercerai ... esok beribu yang dtg offer.



tapi mcmana dgn sesetengah org. kawin dah bertahun2, anak dah bersusun tapi tiba2 perasaan jemu itu  datang. apa korang nak wat? yang lelaki... korang nak ceraikan ke bini tue? or cari bini baru? yang perempuan... nak main ngan lelaki lain ke belakang suami?



bagi aku, rasa jemu itu boleh dibendung. sebagai manusia .... kita yg harus kawal perasaan. bukan perasaan yang kawal kita. jangan bila dah jemu, mula lah kita nak menyalahkan pasangan. pasangan kita tak ok la. tak reti itu... tak reti ini..... macam2 alasan kita bagi. padahal perasaan jemu itulah yg menjadi punca.

cadangan aku, kepada yg cepat jemu.... carilah kelebihan yang ada pada pasangan anda agar rasa jemu itu akan hilang. pada yang dijemu, persiapkanlah diri anda agar kelihatan lebih menarik. bukan hanya fizikal... tapi attitude tue yg lebih penting. keluarkan aura anda agar pasangan anda akan sentiasa mghargai diri anda.

lastly.... sebagai manusia kita selalu melupa dan mangabaikan sesuatu yang dah jadi milik kita dan kita hanya akan menghargainya apabila kita telah kehilangannya. dan pada saat itu.... SEGALANYA DAH TERLAMBAT....



Friday, August 5, 2011

AKU DAN BUSINESS

pejam celik pejam celik, dah hampir 8 bulan aku berada dalam dunia perniagaan ni. walaupun belum lagi sampai setahun, dah macam2 pengalaman yang dapat aku pelajari. rentak dunia perniaagaan yang tidak setulusnya jujur... yang sentiasa dipenuhi dengan tipu helah untuk mengaut keuntungan, karenah staf-staf yang mmg pelbagai, karenah rakan2 bisnes yang sememangnya banyak karenah, ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak. tetapi semua benda yang aku sebutkan tadi, banyak membantu aku untuk menjadi lebih matang dalam dunia bisnes ini.

abah aku pernah ingatkan aku, nabi bersabda yg mmbawa maksud, " peniaga yg jujur akan bersamaku di syurga" jadi kepada peniaga yg tdk jujur, yang menipu... paham2 la korang tempatnya kat mana. oleh sebab itu, sebagai seorg peniaga, aku cuba untuk menjadi jujur dalam perniagaan.alhamdulillah, setakat ini aku tidak lagi pernah menipu mana2 pihak demi mengaut keuntungan. biarlah untung itu sedikit, tapi dgn berlaku jujur aku dapat rasakan kebahagiaan dan kepuasan dalam berniaga.

ramai org kata, dalam bisnes kalau kita jujur, kita tak boleh pergi jauh. paling tidak tipu menipu sikit2 tue mesti ada. ye aku akui kebenarannya. tapi apalah nilai kekayaan dan keuntungan yg kita dapat , kalau keberkatannya kita tak ada. lambat laun kita akan tersungkur jua.

bercakap soal dugaan dan rintangan, tak ada perniagaan yang tak ada masalah. aku juga melauinya. antara punca besar masalah, apabila customer kita lambat buat pembayaran. ada juga yang cuba lari dari membayar. sebagai contoh, ada customer aku dari kuala kangsar yg slalu sgt order brg pada aku sebelum ni. ordernya pulak banyak2. sekali order nilainya melebihi RM 30k. bulan pertama hingga bulan kelima, semuanya okey. tapi bila masuk bulan ke- 6, dia menghilang diri. nasib baik ada bisnes partnernya yg bertanggungjawab yg tolong bayar semua hutang2 dia pada aku.

contoh kes ke-2, ada satu koperasi (cukup femes di malaysia), mereka ambil barang aku bernilai hampir RM260k. dah 3 bulan ambil, tapi bayaran yg aku dapat tak sampai RM20k pun.

kes ke 3, seorang perempuan dari penang ( juga under koperasi) ambil barang aku bernilai RM30k. janji nak dtg bayar payment sejak 15 july yang lalu, tapi sampai sekarang tak nampak muka. macam2 alasan dia bagi. demamlah, eksidenlah, kat kl lah, macam2 hal. sepatutnya dtg hari ni, tapi pagi td dia call, nak dtg isnin plak. nanti hari isnin ni, macam2 alasan la plak dia bagi.

hmmmm... walaupun korang tengok dengan masalah yang aku ada ni, sebenarnya... aku langsung tak rasa serik untuk berniaga. perniaagaan adalah minat aku sejak dari kecik. kerjaku sekarang membuatkan aku bahagia. walaupun masalah melanda, aku masih ada keluarga. mereka yg sentiasa menyokong aku sepenuhnya. terutamanya mak dan abah aku. doa mereka lah, yg membuatkan aku berjaya seperti sekarang.

tak lupa juga pada kakak2 dan abang aku. mereka juga banyak membantu especially my brother. dialah yg banyak memberi peluang pada aku dalam bidang perniagaan ni. aku doakan, semoga aku dan abang aku akan sentiasa menjadi peniaga yg jujur. kaya di dunia dan juga kaya di akhirat. amin!

ANTARA PRODUK KELUARAN SYARIKAT AKU
"AIR SARANG BURUNG AL-WALIT, PEMACU TRANSFORMASI KESIHATAN"

KAT OFFICE LAMA

BERSAMA DENGAN PEKERJA2  FAA MARKETING




Wednesday, August 3, 2011

T.U.R.K.E.Y :)

my lecturer dr.baiduri and my classmate gulten

minum ayaq turkey.... sedap oooo

dia la lecturer... dia la kawan :)

tengah tunggu bas

atas jambatan berhampiran aminonu

diaorang jual air cuka... uwekkk

NGAN PENJUAL AISKRIM YANG SGT HAPPENING

THANKS A LOT GULTEN. TUNANG DIA HENSEM GILER. HEHEHEHE

COOL

INILAH BREKPES AKU HARI2

KAT KADIR HAS UNIVERSITY

HAAA NI LA RUPANYA KAMAL ATARTUK YANG TERKUTUK

KERETA BARU AKU

AGAK2 KALAU AKU PAKAI TOPI TUE JALAN2 KAT PERLIS, ADA ORG GELAK TAK?

DENGAN TOKEY CARPET TURKEY. DIA NI DULU X-STUDENT UIA

ATAS KAPAL

KAT HAJA SOFYA

JALAN2 KAT KAWASAN HOTEL

TUKAR TUKAR