Followers

Wednesday, March 23, 2011

Syurga Shopping "WK"


antara syurga shopping kat perlis ni adalah WANG KELIAN. aku dan my sisters, bleh kata tiap2 bulan datang sini. kat wang kelian ni macam2 brg ada. nak shopping kat belah thailand boleh, sebelah malaysia pun boleh. tapi mcm klakar gak tgk suasana dekat pintu sempadan. warga thailand berbondong2 datang nak shopping sebelah malaysia, warga 1 Malaysia kita plak (abah aku mesti marah... hehehehehe) , sibuk nak masuk ke sebelah thailand. padahal, barang dan harganya lebih kurang sama. ye la, bak kata pepatah, hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang.

aku plak mcm mana? hmmmm secara jujurnya, aku lebih suka shopping yang kat sebelah malaysia. kenapa? aku kan jenis makhluk yang cintakan tanah air. aku ni sayang giler kat najib dan rosmah. kalau aku tak shopping kat malaysia, mcm mana peniaga kat malaysia nak ada duit bayar cukai? kalau tak byar cukai, mcm mana rosmah nak dapat duit gi bercuti kat luar negara dan naik helikopter? :P

papehal pun, WANG KELIAN mmg best!!!




aku merangkap driver dan pemandu pelancong. rupa2 nya ada org yang tak pernah sampai lagi kat wang kelian ni. ish2 nama je dok kat perlis. :P






wajah2 pelancong yang happy




tunggu apa lagi? cepat2 . sat gi habis barang, nak shopping pun tak boleh




am coming!



hmmmm pesal bunga2 ni tak wangi ye?



beli2. satu pasu rm 10 je. tak payah siram. tak payah letak baja! dijamin tak layu sepanjang hayat...


Tuesday, March 22, 2011

HOLIDAY DI LANGKAWI (PART AKHIR)

sebelum berangkat pulang ke kuala perlis, kitaorang singgah ke kedai bahulu panas langkawi. (urusan kerja sebenarnya). alang2 singgah, kitaorg borong la skali bahulu panas berplastik plastik. bahulu dia mmg no ONE. sebijik rasa mcm aku buat. hahahhahahaha.



ok puan2. begini cara kalau nak buat bahulu panas ye. kita "preet" kan aje tepung cair ke dalam bekas adunan. haaaaa maka jadilah bahulu.



inilah rupanya bahulu yg telah diborong oleh kitaorg. "wei sham, pesal bahulu ko bentuk ikan? pesal bahulu aku bentuk kuda laut? underwaterworld betul la."




kalau waktu pergi kami ditemani dua adik2 comel, waktu balik plak kami diceriakan dgn kehadiran dua kembar, yang mmg minat giler kat kami. yang sorang tue, spnjang jln asyik senyum2 je....


yang sorang lagi plak, asyik ketawa mengekek ngekek... :D


dah nama pun gi langkawi, tak sah lah kalau tak shopping. tapi kitaorg tak shopping banyak sgt pun. just beli benda2 simple dan coklat je. bak kata tv dan radio, INGATLAH ORG TERSAYANG.


pensil2 ni dibeli untuk pekerja2 kilang. biar diaorg rajin menulis. hehehehe



key chain ni plak dibeli utk pekerja kilang pilihan. huh! pilih kasih youuuu. ngeh ngeh ngeh


this batu, aku beli tuk my lovely bro. siap ada tulis nama dia lagi.
FAIZ


coklat2 ni plak, aku beli tuk anak2 sedaraku dan pekerja2 kilang



untuk aku? hmmmm cukuplah kenangan manis di sana bersama teman2 tersayang menjadi hadiah terindah untukku. and happy birthday to me! :)


Monday, March 21, 2011

HOLIDAY DI LANGKAWI (PART 3)

hari keduanya plak, kami pergi ke cable car. berpandukan GPS mobileku, maka sampailah kami ketempat yg dituju. ini kali kedua aku nak naik cable car. ct pun dah pernah naik byk kali. tapi disebabkan nak melayan karenah minah terencat yg sorang lagi tue, maka aku ngan ct pun naiklah skali lagi.


welcome!


haaaa beratuq beratuq. jgn dok potong line!



muka shamila yang sgt excited! kesiannnnn dia



aiii tong air pun naik cable car jugak?





senyum tetap senyum beb, walau dalam hati gayat nak mampus. hahahahaha




aiiii... tak kan dalam cable car pun nak mmbaca jugak??? :P




skali lagi aksi menyampah dari shamila. hahahahahaha



rasa mcm nak bina je jabatan tue kat belakang umah aku. mcmmana abah? boleh tak?



dari atas kelihatan telaga 7.


uishhhh tinggi tue. kalau jatuh confirm hidup. hidup kat alam barzakh le...




subhanallah cantiknyer... sesungguhnya sgala pujian hanya untukMU



HOLIDAY DI LANGKAWI (PART 2)

KAT langkawi, aku plan nak stay kat grand beach motel. tapi dah full. so menginapla kitaorg kat sugary sand beach resort. ct panggil sugar daddy resort. hahahhaha. sampai je, kitaorg lepak2 kejap, solat then kita pergi underwater world. sebelum tue gi jumpa bang mat and kak nadia dulu. kebetulan diaorg pun dtg bercuti di langkawi. tapi tak sempat nak snap gambar diaorg. ngeh ngeh ngeh. ok lah tuan2 dan puan hayatilah keindahan di UNDERWATERWORLD LANGKAWI. YEAAHAAAAA!!!!



"ct, kita tak naik kuda padi, naik kuda ni pun jadilah."


aiiii buluh lemang pun ada? ke meriam buluh ni?


tgk obor2 ni aku rasa macam nak gigit2 je. gerammmmm!


mana lembut? obor2 ke sotong? ahhahahaha :D


aku rasa idea baju banduan penjara, diaorg amek inspirasi dari ikan ni la.


sham: jaga na jaga.. ikan pari tue nak mai kat kita.
aku: alaaaa jgn takut2. wat2 cool je


ct: "dah shamila. giliran hang plak amek gambar."
aku (dalam hati): yessssssss!



huishhh bercahaya oooo mata shark ni. gigi dia bercahaya jugak tak???


aku: aku nak beli la tudung saji ni nak bawak balik kat mak aku.
shamila: tue siput la ngokk!!!!
( selepas itu aksi karate mengkarate antara kami berlaku)



apa tengok2??? heeeeee :P


ingat cun la tue? (uwek!)


ish2 mmg gelojoh betul budak 2 ekor ni.


kenalkan bf baruku.... abang win.


comel giler penguin2 ni. macam nak amek wat anak angkat je sekor.



inilah rupanya telur penguin yg dah menetas. mcm telur itik kan?



menyampah tgk aksi sejuk gedik shamila ni.... :P


alamak, aku pun ada wat jugak! hahahahaha gediks youuuuu!


aku, shamila dan ct tengah berenang2. eh... ni ninja turtle laaa :P



burung2 ni sdg menari2 sambil menyanyikan lagu hindustan. tak percaya? betul... kalau tak caya gak, tanya la burung2 ni. ada beran???


aksi ngok ngek makhluk dua ekor ni



ikan keli ke ni? goreng pon sodap!



huh! macho giler pak we ct and shamila ni.


HOLIDAY DI LANGKAWI (PART 1)


asslamualaikum semua. apa habaqqqqqqqq? harap2 sihat2 la semua no. lama ku menyepi dari blog ku ini sbb mgu lepas aku,ct and shamila pergi berkerja sambil bercuti kat langkawi. tapi yg banyaknyer pergi bercuti le. kekekekkeke. langkawi mmg best! tapi.... yang tak bestnya, kat sana tersangat la panas. hinggakan, kulit aku yang tak berapa nak putih, makin bertambah tak berapa nak putihnya. huhuhuhuhu. malas nak tulis panjang2, tgklah ye photo2 cun plus cute kami kat bawah ni!


ini gambar kat jeti kuala perlis.kelihatan ct dan shamila tak sabar nak terjun masuk ke
dalam bot.



muka happy dapat dok dalam bot. eh tapi knp, minah sorang tue berspek hitam?



oooo patutla. juling rupanya... hahahahahahhaha



sepanjang perjalanan ke langkawi, kami dihiburkan oleh keletah dua kanak2 ini. banyak la jugak ajaran2 songsang yg aku ajar kat diaorang. antaranya :



"akak... kenapa air tue berbuih?
"oooo sbb kat bawah bot ni ada sabun. sbb tue air berbuih"



tue apa akak?
"itulah penyu gergasi. haaaa nampak tak dia kejar kita. duduk elok2, nanti kang dia makan adik"



benda putih tue apa akak?
"haaaa tue la menara celcom ngan maxis. diaorg combine skali"


setelah penat mengkelentong adik2 comel itu, akhirnya kami disambut dengan signboard ini:


yeaaaa dah smpai langkawi!!!!!



muka shamila yg amat teruja shingga menampakkan gigi2 kuningnya.


ct pun begitu jua. amat teruja. aku? aku cool je. :P


Setibanya di sana, perkara pertama yg kami buat adalah mencari kereta sewa. tak de kreta, mcmana nak jalan. nak sewa kreta apa ye? ferrari ke? bmw ke? mercedez?


taraaaaaaaaaaaa......!!!!! inilah kretanya .....



hahahahahaha. hodoh nak mampus. tapi tak pelah, janji bleh jalan.




dari sisi tepi. cun la jugak. tapi dalam... masyaallah. nasib baik air cond okey.



inilah rupa tuan kreta ni. dia tak nak tunjuk muka sbb takut kena tangkap. kreta ni tak ada permit katanya. ceh! bisnes tak halal rupanya.
ps: dia dok ngorat shamila. shamila pun suka. ahaks!




post istemewa ku di samping kereta yang istemewa ni. mmg istemewalah!


Nantikan Holiday di LANGKAWI (PART 2)

TUKAR TUKAR